Social Icons

Pages

Tuesday, December 14, 2010

PANAS !!! BETUL KER ZAMAN SEKARANG INI PERANGAI MANUSIA SEMAKIN PELIK ???


di bawah ini saya paparkan sedikit nukilan untuk anda semua.cuba anda lihat dan kita kongsi bersama...Agak pelik dengan penilaian manusia hari ini...


Agak pelik
hari ni anda mengaku anda seorang Ahli UMNO,
anda akan dilemparkan dengan berjuta tomahan dan cercaan
Agak pelik
hari ini anda belajar agama tinggi-tinggi,jadi Ahli UMNO
anda akan dicop sesat lagi menyesatkan
Agak pelik
segala yang baik yang dilakukan oleh anda atau rakan-rakan anda atau pemimpin-pemimpin anda
akan dipandang sebagai bukan satu keikhlasan
kerana anda,mereka,dan dia adalah Ahli UMNO
Agak pelik
bila anda bercakap soal bangsa anda sendiri di kalangan bangsa anda sendiri
dipentas anda sendiri,beradat dan menghunus keris
anda akan dipandang sebagai racist dan gangster
Agak pelik
anda yang mengaku Melayu dan memperjuangkan Melayu kerana keselarian Islam dengan prinsip Melayu
tetapi tak bertudung
maka anda adalah sehina-hina insan yang akan 'mereka' nobatkan
Agak pelik
bila berita yang anda sebarkan itu kebenaran dan kebenaran itu hanya melempar 'taik' ke muka 'mereka'
tak perlu cakap banyak,berita yang anda khabarkan itu adalah fitnah dan dusta semata
Agak pelik
bercakap soal penyatuan dan menegakkan syiar Islam
tapi tak salah memusuhi saudara sendiri
kerana apa?kerana anda belum dijamin syurga


Tapi biasalah
kalau mengaku diri sendiri akan ke syurga
kerana anda adalah ahli PAS
Tapi biasalah
Ilmu agama yang anda belajar tinggi-tinggi tu
mengHARAMkan anda sertai UMNO
dan mengHALALkan anda bersekedudukan dengan DAP
Tapi biasalah
hanya 'MEREKA' yang mengukur keikhlasan itu
Tapi biasalah
memaki-hamun dan mencerca bangsa lain
apatah lagi bangsa sendiri dikhalayak ramai
bersorak-sorak lagi... seronoklah katakan...
Tapi biasalah
tak bertudung tu berdosa!!
caci,maki,hina-menghina,memburuk-burukkan orang lain
walaupun anda tidak beserban asalkan sahaja anda ahli PAS
maka inilah seMULIA-MULIA insan yang dicipta oleh Allah
(err...PKR x masuk 'book',walaupun ada KURNIAAN TUHAN sebagai penasihat,sebab ramai jugak yang tak bertudung)
tapi... xde pun siapa kesah kan?kan?
Tapi biasalah
hanya yang benar itu datangnya dari mulut-mulut mereka
*NABI ke diorg ni??*
Tapi biasalah
Syaitan tu sahabat,kau tu musibat...

ANDA NILAILAH SENDIRI.MUNGKIN TERJADI PADA DIRI,KELUARGA,ATAU RAKAN-RAKAN ANDA.
Bukan menyalahkan... tegur jika saya salah! Hanya sekadar mencari di manakah kebenaran itu sebenarnya?
Anda jawab!-------------------------------> masanya hampir tiba,kebenaran tak lama lagi akan menjelma.

RENUNG-RENUNG KAN LAH

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

Badut,

Semua orang tahu pemimpin Umno kaki rasuah. Duit rasuah digunakan untuk buat maksiat.

Kalau nak berkecimpong dalam Umno dan untuk mempertahankan Umno memegang tampok Kerajaan, pilihlah orang2 Umno yg tidak terlibat dalam rasuah atau skandal2. Apa tak ada lagi ke pemimpin Umno yg takut kan tuhan. kaki rasuah masuh nerakalah dan pengikut yg menyokong kaki rasuh turut ikut pemimpin masuk neraka.

Aku tak kisah sangatlah Umno nak memerintah negara ini sampai kiamat pun. Tapi carilah pemimpin yg tidak melakukan rasuah dan takut dengan Tuhan. Najib dan Muhyidee dua2 kaki rasuah yg tegar. Ini muhyideen, pi tanya orang Umno sendir berapa banyak harta Johor dia balun dan bagi Syed Mohtar, tokey beras saja. Ingat Mudin bagi free ke.

Cubalah ubah paradigma sikit. Aku bukan suruh kau sokong pas ke atau Pkr. Aku suruh kau sokong pemimpin Umno yg jujur, bersih, amanah dan tidak korup. Aku rasa tak lagi dalam Umno. Keanyakannya penyamun. RM53 billion peruntukan Bumi lesap dibalun olih pemimpin Umno. Ketuanan melayu apa bendenya?

 
 
Blogger Templates