Social Icons

Pages

Monday, December 06, 2010

PANAS !!! BN TIDAK MUDAH DI TIRU !!!


Barisan Nasional (BN) tidak boleh ditiru dan diporak-perandakan anasir luar kerana ia dibina atas ikatan keikhlasan dan kesepaduan, yang sekali gus melambangkan keakrabannya bersama rakyat.Setiausaha Agung BN,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,BN juga bukan sebarang parti dan ia tidak mudah untuk dibuat galang ganti seperti yang cuba dilakukan oleh parti pembangkang.

"BN adalah lambang definasi rakyat Malaysia, usia BN bukan sehari dua atau baru 'setahun jagung' tetapi BN telah matang setelah melalui pelbagai ranjau, krisis dan permasalahan dalam negara.

"BN tidak pernah menyerah kalah apatah lagi untuk bersikap pasrah atas cabaran mendatang, sejak pilihan raya umum pertama hingga ke-12.BN sentiasa berusaha menyaring kekotoran, buang yang negatif dan pertingkatkan kejituan demi masa depan negara," katanya dalam ucapan alu-aluan sempena Konvensyen BN 2010 semalam.

Tengku Adnan di awal ucapannya turut meminta semua 2,340 perwakilan berdiri selama seminit untuk bertafakur bagi mengenang pemergian pengasas parti Gerakan dan bapa pemodenan Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu baru-baru ini.Dalam perkembangan berkaitan,Tengku Adnan berkata,penganjuran konvensyen BN pada masa depan akan dibuat secara bergilir-gilir di kalangan parti komponen.

Katanya,pemilihan MCA sebagai tuan rumah kali ini adalah satu transformasi BN bagi memastikan parti komponen bukan sahaja berperanan kepada BN,bahkan turut sama memahat sejarah perjuangan berterusan untuk keunggulan parti.

"Usaha ini kita lakukan supaya dapat terus menjuarai rakyat dengan jiwa dan semangat kental bagi mendampingi masyarakat, menyusur akar umbi dan menyelami permasalahan.Kemudian (kita) melakukan perubahan berdasarkan landskap gelombang yang dimahukan rakyat keseluruhan,"katanya.

Mengulas lanjut,Tengku Adnan berkata,konvensyen kali ini merupakan yang ketiga dianjurkan oleh BN dengan tujuan memastikan parti itu kekal relevan biarpun generasi sudah berubah dan pemimpin silih berganti.Katanya,kali pertama konvensyen ini diadakan adalah pada 1995 untuk menyerlahkan BN sebagai parti unggul dan bertakhta di hati rakyat, manakala kali kedua pula diadakan pada 2001 yang kemudiannya memberi impak besar pada pilihan raya umum 2004.

"Diharap konvensyen kali ini dapat menyemai benih baru untuk memanfaatkan kesinambungan BN pada masa akan datang," katanya.

SUMBER DARI UTUSAN

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates