''Pakatan pembangkang pada mulanya mendakwa ahlinya ditawarkan wang apabila seorang dua pemimpinnya meninggalkan mereka.Tetapi sekarang lebih ramai lagi termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah meninggalkan mereka, jadi mereka perlu mengemaskan rumah sendiri sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya kepada UTUSAN semalam.
Beliau mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang melihat Konvensyen BN yang diadakan hanya medan untuk mengkritik parti-parti pembangkang.Soi Lek pula berkata, pemimpin parti pembangkang ternyata kekurangan isu apabila menimbulkan pelbagai perkara yang tidak relevan.
''Walaupun BN ada kekurangan tetapi Perdana Menteri telah mengadakan program transformasi ekonomi dan kerajaan,ia menunjukkan keazaman kerajaan untuk berubah demi memenuhi keperluan rakyat.Sebaliknya pakatan pembangkang datang dengan pelbagai janji perubahan untuk rakyat tetapi mereka sendiri tidak pernah berubah," katanya.
pembangkang sekarang banyak kemelut,apa lagi wahai ahli-ahli BN,pergi jumpa rakyat pastu jangan membenci satu sama lain,itu kita perlu elakkan kalau nak BN menerajui kerajaan pada masa-masa akan datang.pemuda dan puteri harus bergerak pantas,sama juga dengan wanita untuk menawan hati rakyat yang sekarang ini telah pening,tak tahu mana 1 parti untuk di pilih.ada kah BN atau pun pembangkang yang menjamin hidup mereka.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment