Social Icons

Pages

Wednesday, December 08, 2010

PANAS !!! TM TIDAK PERNAH KUASAI JALUR LEBAR !!!


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyangkal dakwaan bahawa Telekom Malaysia (TM) kini memonopoli khidmat penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini mengeluarkan 51 lesen kepada para penyedia perkhidmatan tersebut untuk kawasan seperti bandar utama, perindustrian, wilayah pembangunan, pejabat kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.


menurut laporan dari UTUSAN menyebut Dalam penyediaan HSBB,menurutnya,kerajaan menjalankan projek usahasama dengan TM dengan syarikat itu menanggung kos sebanyak RM11.3 bilion manakala RM2.4 bilion pula ditanggung kerajaan.
"TM merupakan pengendali perkhidmatan HSBB dan mereka berhak menawarkan tender untuk projek jalur lebar kepada pembekal tempatan dan antarabangsa.
"Oleh itu, isu monopoli tidak timbul dalam pembekalan dan penawaran perkhidmatan jalur lebar di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan menetapkan standard mandatori kelajuan minimum 256Kbps bagi perkhidmatan Internet dan menggalakkan penyediaan kandungan tempatan.
Di samping itu, jelasnya, kerajaan dengan kerjasama TM juga melaksanakan inisiatif seperti mewujudkan MyIX (Malaysia Internet Exchange) termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kadar trafik tempatan sekali gus mempertingkatkan kelajuan Internet.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), jelasnya, perkhidmatan HSBB bukan disediakan di Lembah Klang sahaja sebaliknya merangkumi kawasan seperti Kulim Hi-Tech dan Bayan Baru di utara.
Tambahnya, projek akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dalam fasa kedua pelaksanaannya sedikit masa lagi.
Beliau juga menolak dakwaan Abdul Ghapur yang mengatakan Sabah dan Sarawak dianaktirikan dalam penyediaan perkhidmatan itu kerana menurutnya program berkenaan merupakan inisiatif pihak swasta yang mahu mencari pasaran tinggi.

Bagaimanapun, katanya, kementerian dan SKMM juga menyediakan inisiatif untuk memperluaskan perkhidmatan itu ke luar bandar dan pedalaman dengan 500 buah kampung WiFi akan siap dibina di Sabah tahun depan, manakala 600 kampung WiFi pula akan diwujudkan di Sarawak.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates