“Soal negara Islam hanyalah istilah tetapi perjuangan Islam tetap menjadi dasar Pas. Perkara ini bukan isu kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) faham dengan dasar yang sekian lama diperjuangkan oleh Pas. Islam akan terus jadi pegangan Pas.Jangan kita hanya melihat pada istilah, istilah ini jika silap ditulis atau dilaporkan ia akan memberi maksud yang berbeza. Apa yang saya perkatakan pagi ini adalah dalam konteks konvensyen pakatan pembangkang nanti, bukan soal tidak mahu menubuhkan negara Islam,” katanya ketika dihubungi oleh UTUSAN MALAYSIA semalam
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysian Insider bahawa Pas meminta semua pihak supaya jangan lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti itu sekiranya pembangkang menguasai kerajaan Pusat.
“Benda ini(negara Islam) sudah tidak ada isu,tak usah nak bangkitkan lagi isu ini. Tak usah nak bangkitkan lagi,” lapor Malaysian Insider yang mendakwa memetik kenyataan Mustafa selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pusat Pas di Markas Pas, Taman Melewar,semalam.Menurut portal itu lagi, ketetapan tersebut dibuat kira-kira seminggu selepas Mustafa yang sebelum ini mengarahkan semua pemimpin Pas supaya jangan menyentuh isu-isu semasa, dipercayai berkait dengan dasar negara Islam serta jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk bukan Melayu.
KITA TENGOK LAH APA YANG TERJADI AKAN DATANG,KALAU NAK JUGA DENGAN AGENDA NYA,BAGUS LAH.ALHAMDULILLAH.TAPI PAS NI SAHABAT BAIK DENGAN DAP.KITA SAKSIKAN NANTI...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment