kepada pembaca Artikel BADUT RAKYAT mari kita lihat wawancara Berita Harian dengan Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai pandangan terhadap isu 'Big Brother' yang dibangkitkan oleh MCA dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN), Ahad lalu dan pendapat beliau sama ada label itu perlu terus melekat pada tubuh UMNO.selepas itu Anda nilai Sendiri adakah UMNO sama seperti Pembangkang
Apakah yang Datuk Seri boleh rumuskan daripada konvensyen BN yang berlangsung 5 Disember lalu ???
Saya melihat kepada tiga perkara.Pertama,ucapan dasar Pengerusi BN. Yang kedua,ucapan daripada kalangan presiden 13 parti komponen.Ketiga,ucapan penggulungan.Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan ia dijadikan sebagai satu piagam BN untuk merungkai permasalahan jika ada sebelum itu di kalangan parti komponen.Dengan adanya piagam berkenaan,ia dapat membentuk kebersamaan di kalangan bukan saja kepemimpinan parti komponen tetapi pada peringkat pertengahan dan akar umbi.Selain daripada itu,kita lihat bahawa sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita diberikan ruang melontarkan pandangan mereka dan kepemimpinan BN pada keseluruhannya melihat bahawa kedua-dua pergerakan ini bakal memainkan peranan lebih penting berbanding sebelum ini kerana mereka akan diberikan peranan untuk mencakupi kumpulan sasaran yang sudah ditentukan.
Difahamkan, pembentangan dan perbahasan usul berlangsung dalam keadaan yang panas.Jadi Datuk Seri lihat apakah sifat dan rasionalnya ucapan itu ???
Kebanyakan ucapan presiden parti berfokus kepada bidang tertentu.Namun Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) seharusnya melihat konteks isu nasional melebihi isu kumpulan etnik atau parti yang tertentu.Dan,saya fikir beliau tentu mempunyai tujuan untuk menarik semula orang-orang Cina supaya berada bersama-sama dengan parti komponen yang memperjuangkan nasib sesuatu kumpulan etnik.Dalam hal ini, MCA melihat bahawa perjuangan membela orang Cina itu menjadi agenda utama mereka bagi memperoleh semula keyakinan orang Cina untuk menyokong MCA.
Tetapi adakan ini menyelar pihak lain terutama UMNO dan apakah ini wajar ???
Saya fikir kita tidak mengalu-alukan sangat pendekatan sedemikian kerana banyak lagi kaedah lain sebenarnya untuk menarik supaya orang-orang dalam kumpulan etnik tertentu supaya menyokong parti tertentu.
Jadi,apakah ada luahan secara terus-terang atau secara rasmi kepada beliau di luar konvensyen itu ???
Saya fikir perbincangan antara beliau dengan Presiden parti telah dibuat untuk merungkaikan permasalahan.Dan saya fikir Presiden MCA cuba sedaya mungkin yang boleh untuk menseimbangkan antara kehendak parti beliau dengan kehendak BN pada keseluruhan.
Saya masih ingat dalam wawancara sebelum ini Datuk Seri ada berkata bahawa UMNO perlu kekal sebagai ‘Big Brother’. Apakah Datuk akan terus mempertahankan prinsip ‘Big Brother’ ini ???
UMNO,mahu tidak mahu memang diakui sebagai tulang belakang kepada BN dan perkongsian kuasa ini adalah satu formula yang cukup relevan dalam situasi politik era pasca transformasi. Apa yang perlu ialah persefahaman antara UMNO dengan semua parti komponen BN kerana asas kewujudan BN bermula daripada Perikatan – UMNO, MCA dan MIC. Tetapi apabila situasi politik telah berubah maka parti-parti komponen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tentunya tidak dapat lari daripada hakikat bahawa agenda nasional menjadi keutamaan kepada dasar BN.
Apakah Datuk Seri berasakan Konvensyen BN ini berjaya dan mencapai matlamatnya?
Saya fikir tentu ia lebih berjaya berbanding konvensyen terdahulu kerana ia lebih fokus Dan mungkin untuk konvensyen akan datang, presiden-presiden parti tidak perlu lagi memberikan ucapan yang mewakili partinya tetapi mungkin kita boleh melantik jurucakap parti untuk membahaskan ucapan dasar presiden.
Apakah ini bertujuan supaya ia dilihat supaya suara lebih ‘tone down’ berbanding jika diucapkan oleh presiden-presiden parti?
Bukan. Supaya suara akar umbi dapat didengar oleh kepemimpinan BN.
Berbalik kepada soal ‘Big Brother’. Ada salah tafsir mengenainya kerana kalau kita betul-betul mengamalkan ketuanan Melayu seperti yang mereka tafsirkan rasanya orang Melayu adalah dominasi dalam semua bidang. Kita akan memberi tekanan kepada bukan Melayu dalam semua perkara. Apa komen Datuk Seri?
Saya fikir tulang belakang lebih penting untuk menjaga lain-lain cabang kerana tanpa tulang belakang, kita tidak akan ada tulang selangka dan tidak ada tulang-tulang lain yang bertaut. Maka, setakat ini UMNO sebagai tulang belakang tidak pernah mengetepikan kepentingan mana-mana kaum.Kita tidak hanya bercakap mengenai isu Melayu saja. Kita bercakap mengenai isu nasional dan kita pernah mengetepikan mana-mana agama, budaya dan bahasa apatah lagi kepentingan kumpulan miskin yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Kenapa MCA masih dengan rentak begitu?
Sebenarnya MCA perlu mendapat semula sokongan daripada orang Cina kalau orang Cina dirasakan mahu terus diberi tempat dalam kerajaan kerana dalam pilihan raya lalu, parti MCA dan GERAKAN dari segi jumlah kerusinya terlalu kurang berbanding pilihan raya 2004. Tetapi atas semangat Barisan Nasional, kepemimpinan terus memberikan jawatan menteri dan timbalan menteri dan lain-lain jawatan dalam agensi kepada kedua-dua parti.Ertinya,dalam susah dan senang, Barisan Nasional tetap menghargai jasa dan sumbangan rakan dalam komponen dan ini harus dilihat keikhlasan UMNO sebagai tulang belakang pada Barisan Nasional.
itu lah ulasan yang di berikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai pandangan terhadap isu 'Big Brother' yang dibangkitkan oleh MCA dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN), Ahad lalu dan pendapat beliau sama ada label itu perlu terus melekat pada tubuh UMNO.UMNO sebenar nya tidak pernah meminggir kan kaum lain.hanya pembangkang saja yang mengadakan cerita supaya kaum-kaum lain benci kepada UMNO dan BN.sekarang sapa pula yang benci melayu ???
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment