PERKASA
semalam 2 kumpulan NGO telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda,Shuhaimi Shafiei yang mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang disifatkan menderhaka kepada sultan.saya dah agak mesti benda ini akan berlaku.sebelum ini saya dah buat artikel berkenaan dengan isu ini.jawapan nya kumpulan NGO ni buat lah laporan polis.untuk artikel tersebut
turut hadir di balai polis semalam adalah Pengerusi GAPS,Hamizun Khairuddin.Laporan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 yang dihadiri kira-kira 20 ahli GAPS,Perkasa dan 4Justice.Turut hadir Timbalan Pengerusi GAPS,Wan Indera Putra Ahmad.Pengerusi GAPS,Hamizun Khairuddin berkata,kenyataan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berunsurkan fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada institusi raja di negeri ini.Menurut Beliau,laporan polis itu dibuat adalah untuk menggesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap ADUN tersebut.
UTUSAN MALAYSIA dalam laporannya menyebut gesaan UMNO Selangor supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Shuhaimi ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.Ketua Penerangannya,Abdul Shukor Idrus berkata,tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.
Pada 31 Disember lalu,Shuhaimi menerusi laman blognya, KLIK DI SINI didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
POST BY WAYNE..

No comments:
Post a Comment