Kes berkenaan dengan isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah di pantai permai,nampaknya telah sampai ke penghujung.semalam,Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan,Ng Kian Nam telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.
Beliau sebenarnya telah keliru antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.nak buat macam mana,Beliau pun bukan islam.sebenarnya beliau tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.
sebelum ini Beliau menghantar surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai diperlahankan kerana mengganggu tidurnya yang tinggal berdekatan.Tindakan Beliau itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam sehingga mendorong lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid Al-Ikhlasiah pada Jumaat lalu yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan.Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal merupakan antara individu yang bertanggungjawab menemui Ng. bagi memberi penjelasan mengenai isu berkenaan lalu menyelesaikan masalah tersebut.
ALHAMDULILLAH TERLERAI SUDAH APA YANG TERJADI.KEPADA NG KIAN NAM SYABAS DI UCAPKAN KERANA ANDA MENGHORMATI UMAT ISLAM DI NEGARA INI.SEMOGA APA YANG BERLAKU INI MEMBERIKAN PENGAJARAN BUAT KITA SUPAYA MOHON MAAF APA YANG TELAH KITA LAKUKAN DAN MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MENGENAI UNSUR-UNSUR AGAMA ISLAM DI MALAYSIA SEPERTI AZAN DAN LAIN-LAIN.INI DI TUJU KAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG TINGGAL DI SEKITAR KAWASANNYA YANG ADA INSAN BUKAN UMAT ISLAM
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment