sebelum ini PAS telah menamakan calonnya iaitu Normala Sudirman,bekas guru untuk menghadapi BN,persoalannya siapakah calon daripada UMNO untuk mewakili BN esok.adakah calon itu seorang Guru juga ataupun sebaliknya ???
nampaknya 2 nama telah diajukan di peringkat pucuk pimpinan atau akar umbi,2 nama calon itu adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya,Hashim Daud yang masing-masing mempunyai latar belakang dalam bidang perguruan.Cikgu Rusdin adalah Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah rendah di Chaah,manakala Cikgu Hashim yang juga seorang pesara guru besar turut disenaraikan dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti bagi menghadapi PRK DUN TENANG ini.
kedua-dua pemimpin ini mempunyai kelebihan masing-masing,namun jika diukur dari segi kematangan politik,Cikgu Hashim yang jauh lebih berusia terlebih dahulu bergiat aktif dalam UMNO Bahagian Labis dan merupakan anak tempatan.mungkinkah antara 2 cikgu ini akan di pilih ataupun lagi seorang calon iaitu wanita ??? ini kerana PAS sudah menamakan calon wanita sebagai calon untuk PRK TENANG.Sekiranya UMNO serta BN turut memilih calon wanita untuk berdepan dengan PAS,nama yang pastinya diberi pertimbangan ialah Haslina Saleh yang kini menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis serta seorang usahawan.
Kesimpulannya Siapa pun yang akan dipilih untuk mewakili BN atau PAS sekalipun pada pilihan raya kecil DUN TENANG ini,calon berkenaan harus mampu memberi kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang rajin bekerja,mesra dengan masyarakat,prihatin masalah sekeliling dan boleh bertindak sebagai pemudah cara kepada urusan antara kerajaan dengan rakyat.
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI,TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AKAN MENGUMUMKAN CALON BN ESOK
POST BY WAYNE...

No comments:
Post a Comment