walaupun blog ini adalah blog politik,saya nak ceritakan satu kejadian di mana semalam satu kemalangan telah berlaku kemalangan di lebuhraya utara selatan.Kemalangan itu berlaku di Kilometer 243,susur keluar Pedas.
sebelum ini orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya,namun berbeza semalam kerana,mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.Manakan tidak,sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda(4WD),Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen,20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.mereka ini dilihat seolah-olah tidak sayang nyawa kerana duit yang bertaburan itu.adakah duit itu hak mereka ??? memang betul itu adalah kemalangan,tetapi apa salahnya bantu pihak berkuasa kutip duit itu dan serahkan kepada polis yang mengawal kemalangan di situ.wang syiling berkenaan sebenarnya mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.
DUNIA OH DUNIA
POST BY WAYNE...
DUNIA OH DUNIA
POST BY WAYNE...
1 comment:
Xbaik la nak ambil duit syiling yang terang2 bukan hak milik kita..Malu lihat gelagat dorg.kalau tolong kutip sebab nak kembalikan balik,alhamdulillah..tapi kalo sebaliknya,hurmm..ingat lah halal haram.
Post a Comment