Social Icons

Pages

Monday, January 17, 2011

PANAS !!! PAS KEDAH AKAN BEKERJASAMA KERAJAAN PUSAT !!!


akhirnya PAS KEDAH akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.macam ini lah baru di katakan kesepakatan.kalau tak bekerjasama macam mana nak membangunkan negeri kedah.

semalam Menteri Besar,Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata,kerajaan negeri juga berharap,prinsip yang sama akan didokongi dan dihayati oleh Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat di negeri kedah.Beliau berkata,kerajaan negeri akan terus mengeratkan perpaduan dan menyeru rakyat supaya sentiasa hormat-menghormati dan saling mengasihi serta mengelak daripada melakukan kezaliman dan ketidakadilan ke atas mana-mana kaum dan agama.ini baru betul.tak macam yang lepas-lepas.semua nak tuding jari kat kerjaan persekutuan padahal semua itu tanggungjawab kerajaan negeri.

Beliau berucap pada majlis Istiadat Menyembah Tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Ke-83 di Istana Anak Bukit semalam.Berangkat ke majlis itu ialah Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah,Sultanah Haminah Hamidun.

Menteri Besar berkata,kerajaan negeri berpegang teguh kepada prinsip demokrasi dan mengutamakan pentadbiran yang adil untuk semua lapisan masyarakat.Katanya,prinsip seperti itu diterima dan disokong oleh semua peringkat rakyat.Azizan turut mengucapkan tahniah di atas Hari Keputeraan Sultan Kedah dan mengulangi lafaz taat setia terhadap baginda.

ini petikan kata-kata dari Datuk Seri Azizan "Patik bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat jelata menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Tuanku yang merayakan Hari Keputeraan ke-83 pada hari ini.Patik mewakili semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri,anggota perkhidmatan awam dan seluruh rakyat Kedah mengulangi lafaz taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tuanku.

DAULAT TUANKU,SEMOGA KEDAH AKAN AMAN SAMPAI BILA-BILA

POST BY WAYNE...

5 comments:

Anonymous said...

Berbaik kerana hendak duit dan bantuan Pusat saja . Kerajan pusat tak payah berbaik dengan kerajaan Kedah kerana ini merupakan satu kerugian umpama berperang dengan musuh tapi memberi bantuan untuk membina kekuatan melawan semula . Kalau kerajaan Pusat nak bantu rakyat Kedah tak payah melalui kerajaan negeri secara terus boleh salurkan pada rakyat Kedah . Orang Kedah ni bak kata masih tak pandai lagi memilih yang mana intan dan mana kaca . Jangan terpedaya dengan kata-kata manis kerajaan Kedah tu . PAS Kedahlah yang banyak menyesatkan orang Kedah sehingga mengkafirkan saudara sendiri.

Yop Kedah

HHalem said...

Hg ni betui ka?

Sapa kata? Tang mana?

Nicky Ajis tengalong mampuih pala Azizan.
Kalau tak betui, kami punggai. Kami hawin kot tingkap.

Aku tak tau pa-pa. hehehehe

Syabas Bro. Anda adalah chap A1.
Kelas gituuuuu.
Hidup Badut.:-)


Frm HHalem

Anonymous said...

Tak salah kalau nak berbuat baik,malah ia menjadi tuntutan agama, tapi nak bekawan tu biar le ikhlas, jangan ada udang sebalik mee.Yang penting jangan ikut macam ape yan terjadi di selangor dan kelantannnnnn.

Anonymous said...

www.freemalaysiakini.com

clone of malaysiakini news...free..

layarilah.....

SiamangBukit said...

Kalau betul berita, saya hanya boleh berkata Alhamdullilah.
Dalam Islampun mengalakkan kita berbaik sangka, kerana ketulusan hati seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita mesti balik ke pangkal jalan , iaitu Sentiasa berpesan2 ke Jalan Allah, bukan melaung2 dari jauh. Ini bermakna kita kena sentiasa berada dalam satu situasi boleh duduk semeja kalau kita hendak mendapat rahmatNya.

 
 
Blogger Templates