Social Icons

Pages

Saturday, January 29, 2011

PRK DUN TENANG !!! BLOGGER MEMERIAHKAN DUN TENANG !!!




saya membuat artikel untuk Blogger hari ini kerana anda boleh lihat sendiri bagaimanakah kehidupan kami ataupun kehidupan Blogger yang sebenarnya di alam siber ini.sila lihat artikel di bawah.saya petik artikel ini dari BERNAMA

Lazimnya sesuatu pilihan raya kecil akan diwarnai dengan kehadiran ramai wartawan selain ahli dan pemimpin politik serta anggota polis.Namun,dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang yang bermula Sabtu lepas,yang turut menonjol ialah kehadiran ramai penulis blog sehingga menimbulkan persoalan apa tujuan mereka di sini, siapa yang menanggung mereka dan siapa mereka sebenarnya ???

Peranan blogger dilihat mempunyai fungsi yang sama dengan wartawan media biasa,kecuali mereka lebih bebas untuk mengeluarkan artikel dan melakukan analisis tanpa perlu terikat dengan polisi organisasi media, bergantung kepada pihak mana yang mereka sokong sama ada kerajaan atau pembangkang.Malah,isu yang sering mereka mainkan dilihat turut mampu mempengaruhi pengundi dalam menentukan menang kalah seseorang calon yang bertanding.

Isu serangan peribadi yang dimainkan oleh sesetengah blogger, "tidak berani" ditulis oleh media tradisional yang tertakluk kepada undang-undang.Jika tersalah lapor boleh membawa padah disaman di mahkamah.Dalam pilihan raya kecil Tenang ini,ramai blogger telah berkampung di sini jauh lebih awal daripada kumpulan lain,sekaligus membuktikan kesungguhan mereka dalam memberikan sedikit sumbangan kepada kerancakan kempen.

Antara blogger yang sedang berada di kawasan Tenang sekarang ialah Papa Gomo,Parpukari, Pisau.net,Badut Rakyat,Malay Delima,Gerakan-anti-PKR dan Ruang Bicara Faisal, ini adalah beberapa nama sahaja tetapi sebenarnya ramai lagi.Menurut blogger Papa Gomo,kehadiran beliau dan yang lain bukan ditaja oleh sesiapa,hanya berbekalkan semangat perjuangan dalam 'peperangan' antara sesama blogger.

"Semua (belanja) sendiri,semua berjuang sendiri,bila kita datang cuma kita perlukan rumah, tempat tinggal.Jadi peruntukan tu terpulang,bila datang ada yang bagi sikit,kalau pasal makan, tiap kali pilihan raya kecil,tiap khemah kempen ada disediakan makanan,jadi sehari tu empat lima kali makan free...cuma kadang-kadang ada pemimpin menghulur duit minyak untuk memudahkan kami keluar cari bahan,buat susulan daripada program, temu bual dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Ditanya mengenai cara mereka bekerja,Papa Gomo berkata,kebiasaannya jika ada maklumat baru,mereka akan sama-sama mengupas dan membincangkannya.Ditanya sama ada mereka ingin mengambil peranan media tradisional,PapaGomo berkata itu bukannya matlamat blogger kerana mereka sendiri bergantung harap pada media tradisional bagi mendapatkan maklumat.

"Media massa yang ada,sebagai contoh Bernama,kita banyak copy paste dari Bernama...tapi kita buat ulasan, kita tak ada pas media, kita tak boleh masuk semua tempat," katanya.

Menurut pengendali blog "Gelombang Rakyat" yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, mereka banyak menggunakan ruang siber seperti blogspot dan wordpress,facebook, serta twitter untuk menulis.

"Kita boleh tengok golongan blogger pro-kerajaan lebih menguasai ruang dalam Internet berbanding pro-pembangkang," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang melibatkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, daripada Barisan Nasional dan Normala Sudirman, 38, daripada PAS. Ia diadakan berikutan kematian Datuk sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas.Pengundian ialah pada Ahad ini.

INILAH SEBENARNYA KEHIDUPAN BLOGGER .BLOGGER TAK PERNAH DI TAJA OLEH SESIAPAPUN.RAMAI PIHAK YANG MENGATAKAN BLOGGER DITAJA.SESIAPA YANG BERKATA DEMIKIAN,ANDA SILAP.KAMI HANYA BERJUANG DAN PERJUANGAN KAMI IKHLAS DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

POST BY WAYNE...

3 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Tulah, dah ramai sangat nama nama besar masuk sampai UMA kecut perut nak mengulas.

Banyak sangat artikel sampai UMA pun tak larat nak baca semua hingga takde masa nak turun ke Labis.

Terima kasih kerana sudi membantu kami di sini.

blogenstarz said...

SAYU hati baca artikel ni.

Saya pun tumpang rumah kekawan bila ada PRK diseluruh Malaysia.
Kadang2 dalam kereta je.
Terpaksa survival kerana sayangkan Malaysia.
Soal perbelanjaan... sendiri tanggung.

Yang penting saya PUAS !

Mordecai Kucai said...

Tak salah pemimpin beri sedikit sumbangan kepada blogger kerana mereka mempunyai perjuangan yang satu.

Sedangkan dalam kampung pun kita tolong menolong apalagi mempunyai intipati perjuangan yang sama.

Di harapkan BN dan UMNO mengesahkan kewujudan blogger secara rasmi tanpa syarat. Perlu menjaga kebajikan mereka supaya mereka dapat menumpukan tugas mereka dengan lebih baik lagi.

Terbukti mereka mempunyai perjuangan yang kental. Mereka memudahkan penyiaran maklumat yang kerajaan dan parti politik kerajaan umpama api yang marak membakar hutan dalam masa yang singkat.

Kekalahan PR lalu juga disebabkan faktor penyiaran maklumat pembangkan oleh blogger dan lain lain di internet.

UMNO mesti celik mata dan menggunakan internet ini semaksima mungkin.

Asal jaga kebajikan blogger dan memberi panduan arah perjuangan. Insyallah

 
 
Blogger Templates