Semalam,saya dan beberapa bloggers telah pergi ke perkampungan orang asli Ulu Juasih Tenang Labis Johor bersama-sama dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Program Gotong Royong semalam tertumpu kepada penurapan Jalan masuk ke dalam halaman rumah penduduk Kg Orang Asli.Jalan utama yang ada juga telah pun lama di Tar dan sememangnya tidak banyak yang ingin di pinta masyarakat Orang Asli di sini.
BEST NYA MAKAN AYAM KFC SEHINGGA MENJILAT JARI
Penduduk orang asli tersenyum gembira dan menerima lawatan Dato Razali Ibrahim.macam-macam yang diceritakan oleh Tok Batin mengenai keadaan kampung dan Tok Batin juga menceritakan tentang apa yang perlu untuk kampung itu.nampaknya di perkampungan orang Asli ini Tok Batin tak banyak meminta permintaan kerana perolehan mereka dalam mengambil upah Menoreh Getah sehari sekitar RM25-35,malah mereka juga mempunyai kebun kebun bagi di usahakan secara kecil kecilan.Penduduk di penempatan Masyarakat orang Asli di sini di anggarkan kira kira 250 orang yang mana Anak muda di dalam lingkungan 100 orang.cuma satu sahaja permintaan Tok Batin.Tok Batin meminta jasa baik Kerajaan untuk menyediakan satu tempat Futsal bagi memudahkan anak anak muda di penempatan itu beriadah.Program Gotong royong itu tadi tamat sekitar jam 6.30 petang.
DATO' RAZALI IBRAHIM BERMESRA DENGAN RAKYAT,DI SAMPING ITU MENANDATANGANI BUKU PELAWAT SEBAGAI TANDA KENANGAN
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment