Social Icons

Pages

Friday, January 28, 2011

PRK TENANG !!! RAKYAT MARAH NORMALA ???


RAKYAT MARAHKAN NORMALA ??? KENAPA PULAK ???


BEST NYA MAKAN AYAM KFC SEHINGGA MENJILAT JARI


Tindakan suami calon PAS,Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.

Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Station,Taib Abdullah,berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t,dirinya,malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.

“Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui. Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon PAS ini,” katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.

“Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini,” katanya.

Sementara itu,Rokiah Ali,dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.,” katanya.

Sementara itu, Robiah Majid,yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.

“Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.Tak eloklah beliau buat begitu.Kalau dah begitu,apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen.Tak eloklah cikgu buat begitu.,Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu,” katanya.

Dalam perkembangan sama,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.

SUMBER UMNO ONLINE

KALAU SAKIT DUDUK LAH DI RUMAH,BUKAN MEMBANTU ISTERI ANDA MEMBANTU JENTERA PILIHAN RAYA.KALAU SAYA JADI SUAMI MALA PUN SAYA PILIH DUDUK DI RUMAH KERANA SAKIT.TAPI YANG PELIKNYA SAYA LIHAT CERGAS JUGA SUAMI NORMALA INI.

FIKIR-FIKIRKAN LAH

1 comment:

santauangin said...

Kekadang kita nampak apa org lain buat salah sedangkan apa yg kita buat kita tak nampak. Dalam hal ini apa yg laki mala buat itu adalah salah kerana membelakangkan tugas sebenar beliau sebagai seorg guru. Kerana dia MC maka banyak pihak akan susah. Antara nya murid tidak dapat mengikuti pelajaran yg di ajar oleh nya walaupun ada guru pengganti.Satu hal lagi guru lain kena ambil tugas dia untuk mengawasi murid sewaktu ada kelas yg di ajar oleh nya.

Kan banyak org yg terbabit. Jadi wahai laki mala apakah sebenarnya yg ada dlm hati anda sampai sanggup anda bercuti " berbulan Madu " sampai 3 minggu. Kan elok saja anda berehat terus dari menjadi seorg guru drp menyusahkan banyak pihak.Nanti kalau jabata pelajaran ambil tindakan keatas anda, maka pasti keluarlah macam macam tohmahan dari puak HARAMI mengatakan pejabat pelajaran menindas kamu pulak. Letak jawatan habis cerita. Andaikata bini anda menang pada 30hb ini, anda jadi lah body guard dia tetapi kalau kecundang anda berdua boleh lah buka warong makan drp anda menyusahkan org lain demi untuk kepentingan peribadi anda.

Tetapi perlu diingatkan bukan sahaja laki mala ini yg berbuat begini malah ada juga org UMNO yg berperangai lebih teruk dari ini. Memegang jawatan dlm parti tetapi masih berkerja dan waktu berkerja dia akan keluar dari pejabat sesuka hati dia sahaja macam lah pejabat itu bapak dia yg punya.Hal ini perlu di pantau oleh DSN. Nak tahu ke tempat nya. P lah ke TNB Penang dan anda semua akan dapat tahu cerita ini. Bos atasan pun tak boleh nak usik dia. Ini apa hal pulak.

Jadi buat UMNO jagalah juga tingah laku org anda sebelum di jadikan bahan cerita oleh pihak harami.

 
 
Blogger Templates