semalam,kes untuk liwat Anwar bertambah rumit kerana Ramkarpal singh menekan saksi ke enam,Aidora Saedon.walaupun begitu Aidora tetap dengan pendirian beliau
sila lihat di bawah untuk kenyataan seterusnya yang di jawab oleh saksi ke enam,Aidora Saedon
Seorang ahli kimia memberitahu mahkamah dia menerima arahan terus daripada ketua pengarahnya agar menjalankan ujian DNA terhadap sampel membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Arahan itu diterima daripada ketua pengarahnya ketika itu N. Hithiya Jeeva pada 3 Julai 2008, meminta agar mengendalikan kes “berprofil tinggi.”
Saksi pendakwa Nor Aidora Saedon,dalam keterangannya hari ini,mengakui panggilan daripada ketua pengarah sendiri adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan lazimnya hanya menerima arahan daripada ketua unit Lim Kong Boon.
“Saya tidak tahu sama ada ketua pengarah ada berbincang perkara ini dengan ketua bahagian forensik dan ketua unitnya.Mereka memutuskan untuk memberikan kes berprofil tinggi ini kepada saya.Saya tidak tahu apa sampelnya tetapi diminta tunggu untuk mendapatkannya.Beliau berkata saya orang yang sesuai untuk kendalikan kes ini,memandangkan Dr Seah Lay Hong tidak ada (ketika itu),” Aidora memberitahu mahkamah hari ini.
Katanya,Hithiya telah bersara daripada perkhidmatan awam selepas itu.Ahli kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima empat sampel daripada DSP Jude Pereira untuk tujuan analisis pada 3 Julai 2008.Sampel-sampel itu ditemui pada berus gigi,air botol mineral dan tuala.Laporan analisis itu kemudian diserahkan kepada Pereira pada 22 Julai.
Orang ramai dalam mahkamah kelihatan dalam ketawa tidak terkawal dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Aidora ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Ramkarpal Singh.Ramkarpal juga kelihatan meradang dengan saksi pendakwa itu dan banyak kali mendakwa Aidora tidak menjawab soalan dengan betul.
“Bolehkah anda tidak menjerit?Saya sedang cuba untuk membantu mahkamah,” kata Aidora.
Malah Ramkarpal tanya pada Aidora sama ada beliau serius bertindak sebagai seorang saksi selepas didapati gelak ketika sesi pemeriksaan balas.Peguam itu juga menimbulkan keraguan mengenai kelayakannya selepas ahli kimia itu mengakui tidak memiliki kelayakan yang sewajarnya untuk mengendalikan analisis DNA ke atas sampel rambut.
Bagaimanapun ahli kimia itu menolak sebarang kemungkinan pencemaran ke atas satu tuala kecil yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira yang boleh menyebabkan kehadiran profil DNA lain selain daripada “lelaki Y”.Aidora Saedon tidak bersetuju dengan peguam bela Ram Karpal Singh dan tetap dengan pendirian mengenai apa yang ditemuinya bahawa ia hanya satu profil DNA yang ditemui pada tuala itu.
“Tidak ada kemungkinan seperti itu memandangkan semua jaminan kualiti telah ada di makmal kami dan analisis saya mengenai eksibit ini telah mengenepikan sebarang kemungkinan campuran profil-profil DNA pada tuala itu,” kata Aidora.
Malah beliau juga tidak bersetuju berhubung kehadiran “alel 18” pada graf elektroferogram yang tidak sepadan dengan profil DNA, sama ada kepunyaan Mohd Saiful Azlan Bukhari, “lelaki Y” atau orang yang tidak dikenali, menandakan kehadiran profil kepunyaan orang lain.Ramkarpal berhujah malah alel 18 wujud semasa pemeriksaan dijalankan oleh ahli kimia yang lain iaitu Dr Seah.
Saksi keenam pendakwaan ini menjelaskan bahawa sebagai ahli kimia,beliau perlu meneliti analisis lengkap sesuatu profil DNA secara keseluruhan,bukan hanya berdasarkan satu lokus bagi profil itu seperti yang disebut oleh peguam bela.
“Kamu tidak boleh hanya ambil satu lokus dan berkeras mengatakan mengenai kehadiran lebih daripada satu profil DNA dan alasan kamu mengenai pencemaran benar-benar tidak tepat,” katanya.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya,Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan itu bersambung Isnin untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.
SUMBER BERNAMA

1 comment:
SALAM BRO. TOLONG LINKKAN BLOG TEMAN KAT BLOG BRO. TEMAN UDAH LINKKAN BLOG BRO! BERSAMA KITA MENERJAH PEMBANGKANG DURJANA! TQ BRO!
Post a Comment