semalam,sewaktu Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor,Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali pula telah menemplak Nik Aziz
Datuk Ibrahim Ali berkata,Nik Aziz tidak layak untuk dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara.Beliau berkata,tiada apa perubahan yang dibuat oleh Nik Aziz selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kelantan berbanding sumbangan selama 22 tahun Mahathir kepada rakyat Malaysia.
"Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun Mahathir,sebesar tahi hidung saya pun tidak padan," katanya
"Dalam mempertahankan orang Melayu,Perkasa mendapat sokongan Utusan Malaysia dan Tun (Mahathir).Maka,Utusan Malaysia dan Tun juga dituduh sebagai rasis.Bila masa kita rasis ??? Sudah lama kita menerima kaum lain sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra,Datuk Tajuddin Abdul Rahman secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan Perkasa pada perhimpunan tersebut.Beliau turut menafikan Perkasa adalah rasis kerana apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu hanyalah untuk mempertahankan hak orang Melayu.
"Sebagai wakil rakyat, saya bela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum.Jangan tuduh saya sebagai rasis apabila saya membela nasib orang Melayu," katanya sambil disambut dengan sorakan oleh lebih 15,000 orang Melayu yang hadir pada perhimpunan tersebut.

menurut Laporan UTUSAN,Perhimpunan tersebut merupakan yang kedua selepas diadakan di Pasir Mas, Kelantan dalam siri jelajah Perhimpunan Melayu Perkasa di seluruh negara.Pada perhimpunan tersebut,Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan,beliau dan Perkasa bukan rasis kerana memperjuangkan kaum Melayu.Katanya,selama menjadi wakil rakyat,beliau tidak pernah dituduh sebagai rasis dan beliau juga mempunyai ramai rakan di kalangan bukan Melayu.
"Dalam mempertahankan orang Melayu,Perkasa mendapat sokongan Utusan Malaysia dan Tun (Mahathir).Maka,Utusan Malaysia dan Tun juga dituduh sebagai rasis.Bila masa kita rasis ??? Sudah lama kita menerima kaum lain sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra,Datuk Tajuddin Abdul Rahman secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan Perkasa pada perhimpunan tersebut.Beliau turut menafikan Perkasa adalah rasis kerana apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu hanyalah untuk mempertahankan hak orang Melayu.
"Sebagai wakil rakyat, saya bela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum.Jangan tuduh saya sebagai rasis apabila saya membela nasib orang Melayu," katanya sambil disambut dengan sorakan oleh lebih 15,000 orang Melayu yang hadir pada perhimpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment