Ia melibatkan ahli PKR Cabang Bayan Baru dan Tanjung yang keluar parti tersebut untuk menyertai parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang merupakan ahli bersekutu Barisan Nasional (BN).
menurut laporan UTUSAN Wakil mereka,Mohamad Ibrahim A. Siahoo berkata,mereka mengambil tindakan tersebut selepas mendapati pemimpin PKR gagal menunaikan janji ketika mereka dipelawa menyertai parti tersebut.
"Kami ingin menegaskan bahawa tindakan dan keputusan ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa.Ia diambil selepas janji-janji yang diberikan oleh pucuk pimpinan PKR tidak pernah ditunaikan,menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar parti secara rasmi hari ini.Keputusan ini juga diambil selepas kami rasakan perjuangan kami tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan PKR,"katanya dalam satu sidang akhbar di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister.
Difahamkan beberapa pimpinan tertinggi peringkat cabang tersebut turut bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap PKR.
"Kami juga bersedia membantu parti baru kami, Kimma untuk bekerjasama dengan BN memenangi semula tampuk pemerintahan negeri," katanya lagi.
Pada majlis berkenaan,Mohd. Ibrahim turut menyerahkan 97 keping borang kepada Presiden Kimma Kebangsaan, Datuk Syed Ibrahim Kader.
"Kimma menyambut baik serta mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli baru yang semuanya daripada keturunan India Muslim.Sebelum ini,beberapa bekas ahli parti berkenaan telah menyertai Kimma namun bilangan mereka tidak ramai," katanya lagi.
Difahamkan keahlian Kimma di negeri ini telah mencecah 12,300 orang.Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
"Kita mengucapkan syabas kepada 97 bekas ahli PKR kerana bertindak berani dengan keluar dari parti tersebut.Ini membuktikan bahawa walaupun negeri ini merupakan kubu kebal pembangkang, tetapi ia tidak menghalang ahlinya bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR," ujar Zainal.
SEBELUM INI DI SABAH,SARAWAK DAN BEBERAPA NEGERI LAIN PKR TELAH HANCUR.KINI DI PULAU PINANG PULA.NAMPAKNYA PARTI INI AKAN KE RAHMATULLAH.INI LAH KEBENARANNYA KALAU PEMIMPIN TIDAK MENCERMIKAN SIKAP YANG SELALAU TIDAK BERPEGANG PADA JANJI.
SAYA MENDAPAT INFO,RAMAI LAGI AKAN KELUAR PARTI DI PULAU PINANG DAN SETERUSNYA AHLI PKR AKAN MASUK UMNO TIDAK LAMA LAGI
PKR = PARTI KE RAHMATULLAH
No comments:
Post a Comment