Social Icons

Pages

Saturday, February 19, 2011

PRK DUN KERDAU DAN MERLIMAU SERENTAK !!!


akhirnya segala teka teki bahawa PRK di DUN Kerdau telah terjawab.Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan.


Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut esok nampaknya mengadakan mesyuarat khas lewat petang semalam untuk memutuskan bahawa PRK DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.Tarikh PRK DUN Merlimau sudah pun diputuskan bulan lalu.keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang semalam bahawa DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya,Datuk Zaharuddin Abu Kasim,daripada BN,yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi.

Kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.SPR melantik 242 petugas untuk mengendalikan pilihan raya kecil ini manakala 10 sekolah, dua balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi.Pengerusi SPR Tan Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Kerdau akan mula dijual pada 22 Februari dan pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR di www.spr.gov.my dan melalui SMS.saya mendapat info,kepada Pengundi di Kerdau boleh menghubungi ibu pejabat SPR dengan menelefon 03-8885 6500 dan pejabat pilihan raya negeri Pahang menerusi nombor 09-5165025 untuk membuat semakan.

No comments:

 
 
Blogger Templates