Social Icons

Pages

Saturday, February 19, 2011

TIADA PILIHANRAYA UNTUK PELABUHAN KLANG !!!


akhirnya semalam semua soalan yang berlegar-legar di fikiran rakyat telah terjawab kerana tiada pilihanraya akan diadakan di Pelabuhan Klang.


keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah mengekalkan Badrul Hisham Abdullah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

dalam pada itu,BERNAMA melaporkan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar juga mengucapkan tahniah kepada Badrul Hisham yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan membawa kesnya itu ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan.Kerusi Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas kerana Badrul Hisham didakwa tidak menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata tindakan kerajaan negeri Selangor selalu membelakangkan peraturan kerana merasakan diri mereka "above the law" (mengatasi undang-undang).Banyak contoh tindakan kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengikuti peraturan seperti kes dakwaan penyelewengan di dalam Yayasan Selangor dan membantah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi,kata pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.

Selain daripada itu, Noh mendakwa menerusi maklumat dalaman yang diterimanya terdapat di kalangan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri Selangor yang hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah sekarang.Ada di kalangan pegawai kerajaan negeri melihat tindakan Exco Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Abdul Khalid menolak pelantikan Mohd Khusrin adalah lebih teruk daripada peristiwa bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail pada 2007.

1 comment:

Anonymous said...

Hakim Umno cakap Badrul masih Adun, jadi SPR Umno tidak akan adakan PRK.

Apa punya Hakim, dengar satu pihak shj.

Keputusan Speaker Teng: Kerusi tu telah dikosongkan, dan Badrul tak bolih masuk DUN.

Dalam DUN, siapa besar dan berkuasa. Speaker atau Hakim Umno?

 
 
Blogger Templates