Social Icons

Pages

Showing posts with label BADRUL HISHAM.... Show all posts
Showing posts with label BADRUL HISHAM.... Show all posts

Saturday, February 19, 2011

TIADA PILIHANRAYA UNTUK PELABUHAN KLANG !!!


akhirnya semalam semua soalan yang berlegar-legar di fikiran rakyat telah terjawab kerana tiada pilihanraya akan diadakan di Pelabuhan Klang.


keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah mengekalkan Badrul Hisham Abdullah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

dalam pada itu,BERNAMA melaporkan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar juga mengucapkan tahniah kepada Badrul Hisham yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan membawa kesnya itu ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan.Kerusi Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas kerana Badrul Hisham didakwa tidak menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata tindakan kerajaan negeri Selangor selalu membelakangkan peraturan kerana merasakan diri mereka "above the law" (mengatasi undang-undang).Banyak contoh tindakan kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengikuti peraturan seperti kes dakwaan penyelewengan di dalam Yayasan Selangor dan membantah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi,kata pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.

Selain daripada itu, Noh mendakwa menerusi maklumat dalaman yang diterimanya terdapat di kalangan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri Selangor yang hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah sekarang.Ada di kalangan pegawai kerajaan negeri melihat tindakan Exco Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Abdul Khalid menolak pelantikan Mohd Khusrin adalah lebih teruk daripada peristiwa bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail pada 2007.

Friday, January 21, 2011

BADRUL HISHAM MENGAMUK DI PELABUHAN KLANG !!!


semalam saya telah membuat artikel berkenaan Badrul Hisham yang di aniaya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor,Datuk Teng Chang Khim.

KLIK DI SINI

nampaknya perkara itu telah melukai hati Badrul hisham ini dan Beliau akan memfailkan injunksi setelah menerima notis pengosongan kerusi itu secara rasmi daripada Datuk Teng Chang Kim.Beliau sebenarnya adalah ADUN Bebas.sebelum ini Datuk Teng Chang Khim dalam satu sidang akhbar memberitahu,keputusan pengosongan kerusi DUN tersebut dibuat mengikut Perkara 69 serta 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan bagi merayu.Datuk Teng Chang Kim mendakwa,keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu itu dibuat kerana Badrul Hisham didapati gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun,Badrul Hisham dalam kenyataannya menafikan beliau gagal menghadiri sidang DUN seperti didakwa Chang Kim sambil menyifatkan dirinya dianiaya akibat 'politik balas dendam' kerajaan negeri ke atasnya.Badrul Hisham yang memenangi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 4,407 undi bagaimanapun bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat yang mesra BN pada 2009.Beliau kemudiannya memilih untuk menyertai UMNO pada Mei tahun lalu selepas melihat parti PKR hanya mementingkan diri bukan untuk rakyat.

ADAKAH BELIAU MEMFAILKAN INJUNKSI SELEPAS MENDAPAT BERITA PRK AKAN DIJALANKAN JUGA DI PELABUHAN KLANG.SEKIRANYA SUDAH MEMFAILKAN INJUNKSI ADAKAH BELIAU MENANG ??? KITA SAKSIKAN BERSAMA-SAMA NANTI...

POST BY WAYNE...

Thursday, January 20, 2011

BADRUL HISHAM TELAH DIANIAYA !!!

semalam sudah ramai yang tahu berkenaan dengan PRK PELABUHAN KLANG akan berlangsung tidak lama lagi.tetapi itu adalah ura-ura sahaja dari Speaker DUN Selangor,Datuk Teng Chang Khim dan menyebabkan kerusi PELABUHAN KLANG itu diisytiharkan kosong.

nampaknya ADUN Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah,menolak alasan yang dinyatakan oleh Speaker DUN Selangor,Datuk Teng Chang Khim semalam bahawa Beliau gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.ini kerana sepanjang penggal tahun lalu sidang DUN dijalankan sebanyak tiga kali dan dalam tempoh tersebut,Beliau hanya tidak hadir dalam sidang pembentangan bajet pada November tahun lalu.Beliau juga sudah menghantar surat memohon cuti kerana masa itu Beliau rasa tidak sihat dan pergi berubat secara tradisional.Selepas itu tidak ada lagi sebarang sidang DUN,Beliau tidak tahu mengapa Datuk Teng Chang Khim menyatakan Beliau tidak hadir selama enam bulan.semalam,Datuk Teng Chang Khim berkata keputusan pengosongan kerusi DUN tersebut dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukkan bagi merayu.

Badrul Hisham telah memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan majoriti 4,407 undi.Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd. Jamil yang mendapat 7,990 undi manakala calon Bebas,Nazir Mansor mendapat 580 undi.Bagaimanapun,beliau telah bertindak keluar daripada parti itu pada Oktober 2009 setelah timbul desakan kerajaan negeri supaya wakil rakyat itu meletakkan jawatan atas faktor kesihatan,selepas itu Beliau menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009 dan kemudian memilih menyertai UMNO pada Mei tahun lalu.

ADA KER PRK DUN PELABUHAN KLANG ??? ATAUPUN CUMA DATUK TENG CHANG KHIM INI TIDAK PUAS HATI KERANA BADRUL HISHAM MASUK UMNO ??? SELANGOR KAN NEGERI PAKATAN RAKYAT...

POST BY WAYNE...
 
 
Blogger Templates