Social Icons

Pages

Friday, February 25, 2011

PRK MERLIMAU !!! AMARAN DARI KETUA POLIS MELAKA !!!


Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas diminta berhimpun di kawasan yang ditetapkan dan mengikuti dua jalan berbeza ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pagi esok.

Ketua Polis Melaka,Datuk Chuah Ghee Lyle berkata,bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar dan aman,penyokong BN berhimpun di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.Bagi penyokong parti Pas,mereka akan berhimpun di sebelah kiri politeknik iaitu dari arah susur keluar ke pekan Merlimau dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

"Jalan utama di hadapan politeknik sehingga Taman Merlimau Utara akan ditutup untuk semua kenderaan bermula jam 6.30 pagi esok,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat kontinjen polis Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata,pengguna yang menggunakan Lebuh Raya AMJ diminta mematuhi arahan polis yang akan menunjukkan kepada pemandu kenderaan arah dan papan tanda bagi kedua-dua penyokong parti berhimpun.Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau bermula 9 pagi esok di pejabat Politeknik Merlimau, manakala pengundian pada 6 Mac depan.

SUMBER BERNAMA

KEPADA PENYOKONG PARTI,DIHARAP ANDA IKUT ARAHAN POLIS.SEKIRANYA ANDA TIDAK MENGIKUT ARAHAN POLIS BURUKLAH PADAHNYA !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates