Social Icons

Pages

Friday, February 25, 2011

PRK MERLIMAU !!! PAS MAHU KERUSI MELAKA KERANA TIDAK YAKIN KEPADA DAP !!!


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meluahkan kehairanan dengan kesungguhan PAS untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka sedangkan suara pembangkang sudah diwakili DAP yang juga rakan sekutu PAS.

"Kawan sepermainan PAS ialah DAP jadi gunakanlah DAP hendak suarakan apa sahaja (dalam DUN di Melaka)," katanya

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH TENTANG ULASAN DATUK AHMAD MASLAN



Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan PAS bersikap sedemikian kerana tidak percaya kepada kemampuan DAP membawa suara pembangkang khususnya berkaitan Islam.Beliau mengulas kenyataan pemimpin PAS yang mahukan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau bagi menyuarakan isu membabitkan Islam dan orang Melayu semasa sidang DUN Melaka.

Isu itu tidak sepatutnya timbul kerana PAS pernah menguar-uarkan untuk mengajar DAP mengenai agama Islam.Beliau juga mencadangkan kepada PAS agar meninggalkan pakatan pembangkang jika sudah tidak mempercayai kemampuan parti sekutu memperjuangkan agenda Islamnya.Melaka mempunyai 28 kerusi DUN yang mana 23 daripadanya dimiliki Barisan Nasional (BN) manakala lima lagi diwakili DAP.

3 comments:

Anonymous said...

Tak SELERA aku tengok calon PAS tadi..

Anonymous said...

Agak kesat & kurang hajar adanye video tu...

AnaQarbana said...

kalau dari UMNO/BN semuanya kesat, zalim, bodoh...tapi kalau dari pembangkang terutamanya PAS...best, berhemah dan ada fakta....apa lah punya haprak punya kepala hotak....manusia jenis apa ni.....spisis jenis apa ni....

 
 
Blogger Templates