Social Icons

Pages

Friday, March 11, 2011

20 DOKUMEN BENG HOCK MENCURIGAKAN !!!


mari kita lihat kes Beng Hock.alamak,dah terbongkar lagi rahsia berkenaan dengan kes Beng Hock.ada pulak dokumen yang mecurigakan.bila di semak,rupanya ada tuntutan peruntukan.apa cita ni ???

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock diberitahu terdapat lebih 20 dokumen yang mencurigakan dijumpai dalam empat fail tuntutan peruntukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Arman Alies,berkata,dokumen itu ditanda semasa beliau membuat semakan untuk mencari empat invois dan sebut harga pembekalan serta pembinaan terhadap empat syarikat yang dicetak daripada komputer riba milik Beng Hock sekiranya ada di dalam fail-fail tersebut.

‘‘Dokumen itu dianggap mencurigakan kerana saya beranggapan seolah-olah bukan pemilik syarikat yang tandatangan tetapi sengaja diada-adakan.Tandatangan tersebut juga terlalu sama selain ada dokumen yang ditandatangani oleh Beng Hock tetapi menggunakan cop rasmi Yang Berhormat (YB) Ean Yong Hian Wah,’’ katanya.

Menurut Arman,walaupun semakan itu bertujuan mencari empat dokumen sahaja, ia berlanjutan dari pukul 10.40 hingga 11.50 malam kerana Beng Hock lebih banyak berdiam diri seolah-olah cuba mengingati sesuatu selain membelek satu persatu dokumen di dalam empat fail keras itu.Ketika itu,beliau dibantu oleh Penolong Penguasa Mohd. Ashraf Mohd. Yunus membuat tandaan pada dokumen-dokumen yang dianggap mencurigakan untuk dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan SPRM Selangor,Hairul Ilham Hamzah bagi tindakan selanjutnya.

‘‘Apabila ditanya kenapa empat dokumen berada dalam komputer ribanya,Beng Hock menjawab mungkin ia dimuat turun daripada e-mel yang diterima.Dia juga tidak dapat ingat dengan tepat kerja-kerja pembinaan dan pembekalan yang telah dibuat.Beng Hock juga tidak sedar bahawa arahan perbendaharaan memerlukan tiga sebut harga daripada syarikat berbeza dan hanya memproses apa yang diterima selain pemilihan kontraktor dibuat oleh YB Ean,’’ jelas beliau.

Bagaimanapun,empat dokumen tersebut gagal ditemui dan Beng Hock memberi jaminan untuk mengemukakannya kepada SPRM sekiranya ia ditemui dalam komputer pejabat.Beliau kemudiannya menyuruh Mohd. Ashraf membawa Beng Hock keluar dari bilik mesyuarat utama dan berjumpa dengan Hairul Ilham untuk memaklumkan hasil semakan dokumen itu.Semasa disoal oleh pegawai pengendali,Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada saksi mengambil kira kebajikan Beng Hock atau tidak mempedulikan lelaki tersebut, Arman dengan tegas menjawab:

‘‘Lepas keluar dari bilik mesyuarat saya tidak lagi jumpa Beng Hock. Pasal kebajikan, ada pegawai penyiasat. Saya tidak boleh cakap tidak peduli.Ia agak kasar.Pada saya, tugas rasmi saya sudah tamat.’’

Sementara itu,Arman yang bertugas di Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memberitahu, beliau diarah hadir dalam satu taklimat berkaitan penyelewengan peruntukan dua ahli DUN di SPRM Selangor pada pukul 7.15 pagi, 15 Julai 2009.Beliau kemudiannya ditugaskan untuk mengesan seorang kontraktor di Sungai Buloh sebelum menemui lelaki berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam.Pada pukul 8 malam, dia dimaklumkan oleh Hairul Ilham terdapat empat dokumen yang tidak sepatutnya disimpan oleh Beng Hock dijumpai di dalam komputer ribanya dan mengarahkan dokumen yang sama dicari di dalam empat fail.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

MACAM ADA SESUATU JER ???

ADAKAH INI BUKTI BAHAWA BENG HOCK TERJUN BANGUNAN SENDIRI ATAU PEGAWAI YANG TOLAK BENG HOCK ???

No comments:

 
 
Blogger Templates