Imej Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya,Mohd. Saiful Bukhari Azlan antara yang dikenal pasti oleh seorang pegawai polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
UTUSAN melaporkan Pegawai Penyiasat,Supritendan Judy Blacious Pereira berkata,beliau juga mengenal pasti Hasanuddin Abdul Hamid yang merupakan pemilik unit kondominium tempat kejadian liwat itu didakwa berlaku dan bekas Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohd. Arif Mohd. Karim.
Turut dikenal pasti ialah beberapa buah kenderaan yang keluar masuk kondominium itu yang didaftarkan atas nama ahli perniagaan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan; bekas Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Omar Malik Merican dan ahli korporat, Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar.Dalam rakaman CCTV yang diambil dari pejabat pengurusan dan pos pengawal kondominium tersebut, katanya, nama-nama pemilik kereta itu diketahui selepas semakan dibuat terhadap nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan terbabit di Jabatan Pengangkutan Jalan.
Saksi pendakwa ke-25 yang kini bertugas di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman itu berkata demikian sewaktu disoal pada pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Februari lalu,pegawai penganalisis audio video dari Maktab Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Supritendan Fauziah Che Mat telah membuat analisis ke atas dua pemacu keras yang diambil dari tempat kejadian.Atas arahan Judy, tumpuan diberikan ke atas beberapa buah kenderaan dan individu yang keluar masuk ke kondominium terbabit dan menuju ke tingkat lima Blok 11.Bagaimanapun pada ketika itu,identiti sebenar individu-individu terbabit masih belum dikenal pasti kecuali Mohd. Saiful Bukhari yang mengesahkan kehadirannya ke premis tersebut dalam keterangannya sebelum ini.
Dalam keterangannya,Judy turut memberitahu,walaupun rakaman percakapan telah selesai, Anwar tetap ditahan semalaman di lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara ekoran siasatan atas dakwaan kes liwat yang dibuat oleh pengadu masih belum selesai.
Menurutnya,beliau tidak boleh meneruskan rakaman percakapan ke atas Anwar pada hari yang sama kerana mengikut peraturan lokap,pihak polis tidak boleh menyoal atau merakam percakapan tahanan selepas pukul 6 petang.Judy menjelaskan, pada keesokan harinya, beliau telah menyambung rakaman percakapan ahli politik itu berkaitan pemeriksaan yang dilakukan di HKL sebelum Anwar dibebaskan pada pukul 9.30 pagi.Selain itu,Anwar mahupun peguamnya,R. Sivarasa dari sebelum rakaman percakapan dijalankan pada petang 16 Julai 2008, tidak pernah mengadu bahawa mereka tidak diberikan alasan penahanan.
Terdahulu, Judy dalam keterangannya menyatakan, pihaknya telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai 2008 dari Mahkamah Kuala Lumpur dan waran tersebut telah disempurnakan oleh Supritendan Ahmad Taufik Abdullah pada keesokan harinya,kira-kira pukul 2.40 petang.Pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang lalu, Anwar dan Sivarasa menyatakan bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai alasan penahanan walaupun telah bertanya berulang kali.Mereka juga mendakwa bahawa penahanan Anwar tersebut tidak sah kerana rakaman percakapan telah selesai diambil pada petang 16 Julai tahun yang sama.
Menjawab soalan lain Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut memberitahu, pada pukul 7.30 malam, 29 Jun 2008, beliau ada merampas satu tiub cecair pelincir jenama ‘Johnson & Johnson’ yang dibawa oleh Mohd. Saiful Bukhari ke pejabatnya ketika itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.Sementara itu, penyokong-penyokong Anwar tanpa segan silu terus membuat bising sepanjang perbicaraan berlangsung sehingga mengganggu media yang sedang membuat catatan.Tidak cukup dengan itu, mereka juga tanpa rasa malu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mohd. Saiful Bukhari sewaktu mangsa keluar dari bilik saksi memasuki dewan mahkamah untuk dicamkan oleh saksi.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan bersambung hari ini dengan barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam bela,Karpal Singh menyoal balas Judy.

1 comment:
http://anakjengayan.blogspot.com/
tolong link aku. tq....
Post a Comment