Social Icons

Pages

Thursday, March 17, 2011

30 WAKIL NGO TIDAK BERPUAS HATI !!!


Desakan agar Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons,semalam.

UTUSAN melaporkan kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil.


Menjelaskan desakan NGO-NGO itu, Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia,Syahril Abdul Aziz berkata,ia bukan bertujuan melangkaui kehakiman negara.

“Kami pelik kerana seakan-akan ada kekebalan pada Anwar.Mengapa susah hendak mendapatkan sampel DNA daripadanya. Kalau individu biasa rasanya tidak sesukar begitu.Kalau dibiarkan begini,maka akan ada ramai pesalah liwat dan rogol pada masa hadapan yang tidak akan membenarkan DNA mereka diambil bagi menyelesaikan kes. Alasannya kerana Anwar juga tidak beri,” katanya.

Antara wakil NGO yang hadir ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Arman Azha Abu Hanifah,Naib Presiden Pertubuhan Alumni Belia 4B Malaysia, Razali Latif serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar.

Sementara itu, Pengerusi GNM,MD. Radhi Daud meminta Anwar agar tidak menyukarkan perkara yang sememangnya mudah untuk diselesaikan.

“Pepatah mengatakan berani kerana benar.Jadi Anwar tidak perlu takut kerana dia mendakwa difitnah. Berilah sampel DNA agar segala persoalan terjawab dalam waktu yang singkat.Usahlah berpolitik 24 jam sehari hingga hujung tahun. Ini adalah petanda yang tidak baik. Kita faham perkara termaktub dalam undang-undang dan disebabkan itu, ia tidak perlulah dipolitikkan,” katanya.


Bagi Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah tindakan Anwar yang enggan berbuat demikian hanya menambah kesangsian rakyat terhadap beliau.

“Jika sebelum ini dia berpidato tentang keadilan dan menyatakan kerajaan sekarang tidak mengamalkan keadilan, maka hari ini kami warga marhaen menuntut keadilan ke atas bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Kenapa perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara itu? Kami berhimpun bukan atas dasar kepentingan peribadi tetapi untuk ‘menyekolahkan’ Anwar bagi menegakkan keadilan,” katanya.

Ditanya tidakkah para pemimpin NGO berkenaan gentar dengan tindakan peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan agar dikenakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang mendesak Ketua Pembangkang itu menyerahkan DNA baru-baru ini,Arman berkata:

“Sebelum ini bukankah Anwar kononnya memperjuangkan keterbukaan,kebebasan bersuara dan berhimpun.Apabila isu kena padanya, beliau hendak suruh tangkap pula. Apakah beliau hanya memperjuangkan retorik selama ini ??? Mengapa hendak dihalang kebebasan berhimpun rakyat marhaen seperti kami,” soalnya.

KEPADA ANWAR TIADA LAGI YANG PERCAYA PADA MU KECUALI AZMIN ALI.ITUPUN KERANA HARTA DAN FERRARI.SERAHKAN DNA ANDA SEKIRANYA ANDA ANAK JANTAN.KALAULAH ANAK JANTAN.JANGAN PUSING CITA LAH PASAL KES-KES LAIN.SEMUA TU DAH SELESAI.KALAU BERANI SEKALI PUN KENAPA TAK NAK JAWAB SOALAN BERKENAAN DENGAN DNA ??? ANDA NAK BUKTI ??? SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH


Anwar Ibrahim mengelak ditemu bual oleh wartawan ketika diajukan soalan berkenaan desakan agar beliau memberikan sampel DNA,di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

ITU BUKAN SAYA BAGITAHU TAPI SEMUA AKHBAR YANG BAGITAHU

3 comments:

Anonymous said...

iNI macam ujian air kencing pun boleh kita reject....HAK asasi.

Anonymous said...

Salam

Bagaimana hak asasi mangsa liwat, rogol, bunuh, buang bayi.........banyak lagi.
Hak asasi tidak bermakna jika hak asasi mangsa diketepikan........sistem hak asasi adalah ciptaan manusia kafir dibarat, didalam Islam, keadilan adalah samarata tanpa mengira kedudukan, maka hukumannya adalah sama sahaja dijatuhkan kepada pesalah samada miskin kaya, rakyat marhain atau yang berkuasa..........Kita tunggulah dihadapan Yang Maha Adil di Padang Masyar .........bolehkah Anwar berdolak dalik, minta tangguh penghakiman dihadapan ALLAH kelak? Apabila seseorang gagal melakukan sumpah muhabalah, maka daripada situ kita mengetahui siapa benar dan siapa salah, kerana barangsiapa melakukan sumpah muhabalah , selalunya tidak akan sampai 3 bulan, Allah akan menunjukkan kebenaran, apatah lagi sumpah palsu.....maka setelah dari 2009, apa yang kita lihat hanyalah dolak dalik dan penangguhan Anwar semata mata. Jika berjuang demi keadilan, mengapakah tidak memberi keadilan kepada mangsa? Takut sangatkah ? Allah pasti menolong sekiranya Anwar benar, tetapi bala pasti menghempap Anwar sekiranya dia zalim dan pendosa

Wallahualam
g4umno.blogspot.com

usin said...

kalau anwar berjaya dalam misi untuk tidak beri sampel dnanya, maka amat bahaya kpd kes2 lain spt dadah. sampel air kencing selepas ini tidak boleh diambil tanpa persetujuan tuan punya tubuh. bukan naya namanya tu? kes perbandingan akan terpakai selepas ini. yg arif tuan hakim, jgn buat silap. jahanam malaysia...

 
 
Blogger Templates