Social Icons

Pages

Monday, March 07, 2011

BN MENANG KERANA RAKYAT MENERIMA DASAR KERAJAAN !!!


Kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau membuktikan sebagai pengesahan kepada dasar-dasar kerajaan,ekonomi dan sosial di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

BERNAMA melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa yang sama pengundi jelas menolak perjuangan PAS menerusi dasar buku jingga dan negara Islam.

" Ini isyarat perjuangan PAS tidak diterima oleh masyarakat Melayu,bukan sekali tetapi beberapa kali mereka ditewaskan di Galas,Batu Sapi,tenang dan hari ini di Merlimau dan Kerdau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kemenangan calon BN di pusat perjumlahan undi PRK Merlimau di Politeknik Merlimau di sini Ahad malam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beberapa isu yang diketengahkan dapat dijelaskan kepada pengundi antaranya isu ekonomi,kenaikan harga barang dan juga soal pendidikan diterima baik.

BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad mendapat 2,319 undi.BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Kerdau apabila calonnya Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan undi majoriti 2,724.Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin, 2,336 undi Muhyiddin berkata kemenangan BN malam ini yang amat signifikan dan merangsangkan juga manifestasi kepada suasana puas hati yang mengulangi momentum kemenangan pilihan raya kecil BN sebelum ini.

"Ini momentum yang baik di mana dasar pembangunan dan ekonomi yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob," katanya.

Ditanya kemenangan ini akan membawa kepada pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berkata walaupun kemenangan PRK ini menggalakkan tetapi ia boleh dikembangkan dan disebar-luaskan.

" Walaupun kemenangan PRK ini satu keputusan cemerlang tetapi tidak menggambarkan senario nasional secara keseluruhan," katanya sambil manambah BN perlu mengukuhkan iniatif dan mesej yang difahami kepada pengundi di seluruh negara.

Beliau berkata "wallahhualam" ketika ditanya bila tarikh pilihan raya umum akan datang. "Pilihan raya umum akan dihadapi apabila jentera-jentera parti bekerja dengan lebih keras dan fokus serta tidak berbangkit masalah parti di peringkat bahagian untuk hasil yang kita capai membanggakan," katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan BN ini menggambarkan sokongan masyarakat Melayu dan masyarakat India yang amat baik.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada parti komponen MIC, PPP (Parti Progresif Penduduk) dan Makkal Sakthi kerana peratusan (keluar mengundi) dan sokongan kepada BN," katanya.

Beliau berkata sokongan kaum Cina menunjukkan peningkatan tetapi tidak sebaik undi yang diperoleh masyarakat Melayu dan India.

"Saya berharap pada masa akan datang undi kaum Cina ini akan lebih besar bila mereka memahami dasar-dasar kita," katanya. Muhyiddin juga berkata pilihan raya umum hanya Perdana Menteri yang lebih maklum dan terserah kepada beliau.

Ditanya kemenangan itu juga berasaskan faktor calon muda yang diketengahkan oleh BN, beliau berkata itu juga merupakan satu fator tetapi yang jelas ialah calon mesti berwibawa, bersih dan boleh menang.

4 comments:

Anonymous said...

Pengundi2 yg mengundi BN adalah badut2 belaka. Melayu Pahang dan Melaka sememangnya badut. BN - Barisan Najis dan Barisan Neraka, masih disokong olih badut2 melayu.

Anonymous said...

Bukan dasar kerajaan yang rakyat terima tapi janji projek yg belum tentu dilaksanakan serta duit tunai yang di hand-out oleh agen2 BN ketika PRK itu yg menarik.

Rakyat pun tak bodoh,BN bagi ambik,
PUmum tak lama lagi,pangkah saja BN,pembangkang boleh bagi apa?

Apakah BN boleh pertahan fenomena suapan RM berjuta2 kalau ada PUmum?

Anonymous said...

Komen pertama emo habis!

Der..sapa nak sokong parti pencacai DAP tu woi.

MCA tu..kalau umno tegur..dengar la jugak.Sama-sama tegur orang kata.

DAP? Haihh..nik najis terus senyap kalau kena balun.haha.

sorry..pencacai kami tak sokong.Cakap pusing2 pun kami tak sokong.

Pergi la baca buku yang anwar edar tu.Apa nama buku tu? Buku Jingga? Jing-GAY?

Ha.pegi baca.pegi baca.

haha...

Sayonara pakatan haram yang tak berdaftar.

Wakakaka...

Anonymous said...

Ini BUY-ELECTION bukan BY-ELECTION,so what duit tabur merata.Bermaruahkah kemenangan kita?

Baguslah jika pelakon video lucah jadi kebanggaan semua. Aku member UMNO tapi aku meluat tengok hero video lucah yang pemimpin2 kita dok agong2kan!!!

 
 
Blogger Templates