Social Icons

Pages

Tuesday, March 01, 2011

KELUARGA BENG HOCK TIDAK MENGHORMATI SULTAN !!!


Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Laporan Utusan Menyatakan,Datuk Shaik Daud Ismail berkata,semua pihak yang terlibat dengan suruhanjaya siasatan itu harus mengiktiraf dan mengormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda.

"Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri.Memanglah,Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain,” katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Teoh menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu.

Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ianya ditangguhkan telah ditolak.

Beng Hock, pembantu khas kepada seorang anggota exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati Raja, berkata : “Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya.”

Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Teoh mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belumpun lagi memulakan tugasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Nak tunggu pilihanraya lah tu... Bodoh betul keluarga TBH ni.. kena main dek Karpal and geng.. tak kan lah org SPRM saja saja nak bunuh dia.. apa diorg dapat.. kalau dia hidup lagi bagus, ada bukti.. mesti bunuh diri punya sebab takut gengster PR.. Padan muka kalau suruhanjaya ni come out with conclusion yang TBH bunuh diri.. lagi memalukan keluarga dia.. pasti kena pulak buat satu lagi suruhanjaya kenapa TBH bunuh diri untuk bersihkan nama SPRM.. Samada kerana kena pukul dan malu ATAU takut gengster PR..

AJAI62 said...

Assalam Bro

Semuanya pasal politik. Ada sesuatu yang disorok oleh DAP dan Kerajaan Selangor. KES sebenarnya mana?. Rakyat menanti dan takan lupa.....

 
 
Blogger Templates