Social Icons

Pages

Tuesday, March 01, 2011

PRK MERLIMAU !!! WALAUPUN PAS ASYIK MEMBOHONG NAMUN SEMNGAT ROSLAN TIDAK LUNTUR !!!


Tohmahan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) mengabaikan pembangunan di kawasan yang dikuasai pembangkang tidak melunturkan semangat calon BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad untuk menemui pengundi.


Roslan, yang sentiasa diiringi isterinya, Zalifah Omar untuk bertemu pengundi di 15 kampung di DUN itu berkata pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menarik sokongan pengundi.

"Isu pembangunan dijadikan modal (pembangkang) untuk pancing undi.padahal pembangunan berjalan terus..tanpa pilihan raya kecil ianya tetap dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majis mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Chinchin di sini,semalam.

Katanya,jika dirinya dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini, beliau mahu meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti penyelenggaraan insfrastruktur di kawasan itu.

Roslan turut terharu dengan kehadiran Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke DUN Merlimau semalam bagi membantu kempennya.

"Program bersama Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat menggembirakan dan dapat menambah suntikan semangat berjumpa pengundi," katanya.

Sementara itu,Pengerusi SPNB Datuk Idris Harun menafikan kerajaan negeri Melaka tidak memberi tumpuan kepada kawasan yang dimenangi pembangkang.Anggota Parlimen Tangga Batu itu berkata kerajaan BN adalah parti yang berpegang teguh kepada peranannya dalam mengagihkan pembangunan yang sama rata dan saksama termasuk di kawasan pembangkang.

No comments:

 
 
Blogger Templates