Social Icons

Pages

Friday, March 25, 2011

LAPORAN PENUH KES LIWAT ANWAR !!!



Sebaik sahaja Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamad Yusof Zainal Abidin mahu memanggil Pakar Forensik,Amidon Anan dan ahli kimia Nor Aidora Saedon berserta dengan ketiga-tiga barangan bukti,peguam Anwar Ibrahim membantah lagi.

BERNAMA melaporkan Ketua Peguam Belanya,Karpal Singh memohon penangguhan dulu keterangan dua saksi dengan bahan bukti itu dengan alasan beliau akan mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, semalam.Menurutnya permohonan semakan itu didengar terlebih dahulu sebelum Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik,Amidon Anan dipanggil untuk mengemukakan barang-barang tersebut secara rasmi.

Hakim membenarkan permohonan Karpal.

Mahkamah semalam membuat keputusan bersetuju untuk menerima tiga barang kes; botol air mineral, sebatang berus gigi dan sehelai tuala Good Morning,tetapi menolak permohonan kedua untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi perbandingan DNA Lelaki Y yang ditemui dalam dubur mangsa,Mohd Saiful Bukhari Azlan.Karpal berhujah dalam kes penangkapan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah tidak sah kerana melanggar peraturan 20. Karpal juga berhujah, DNA tidak boleh diambil polis secara tidak sukarela.

Mohamad Yusof menjawab,hujah Karpal ini bukan bukti baru, sebaliknya telah diperkatakan sebelum ini dan mahkamah telah membuat keputusannya, jadi apa keperluan lagi membuat semakan semula.Hakim Mohamad Zabidin berpendapat permohonan Karpal tidak mempunyai asas kukuh dan memerintahkan agar dua saksi pendakwa dipanggil memberi keterangan.

Keterangan Dua Saksi

Bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Amidon Anan, berkata beliau menjumpai sehelai bulu, berus gigi dan tuala kecil ‘Good Morning’ di atas lantai sel lokap tahanan dan botol air minuman mineral ‘Cactus’ ditemui di atas tembok tandas sel lokap pada 17 Julai 2008, selepas Anwar ditahan di lokap itu pada 16 Julai 2008.

Keempat-empat barangan itu ditanda sebagai bahan bukti.

Nor Aidora Saedon,ahli kimia pula memberi keterangan bahawa empat barangan itu telah diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira pada 17 Julai 2008.Berliau berkata berdasarkan ujian analisis DNA ke atas empat barangan itu, mendapati profil DNAnya adalah sama dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di dalam dubur (rektum) pengadu, Mohd. Saiful.Dr Seah Lay Hong,Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia,yang merupakan saksi pihak pendakwa sebelum ini memberitahu hanya DNA Lelaki Y yang merupakan abstrak dari air mani (sperma) ditemui di rektum bawah dan atas dubur mangsa, Mohd Saiful.

“Abstrak DNA air mani Lelaki Y itu sangat dominan”, kata Dr Seah.

Dengan keterangan dua saksi pendakwa itu, Mohamad Yusof menawarkan kes ini ditutup dengan hujah penggulungan.Karpal memohon kepada mahkamah agar diberi masa tiga minggu untuk membuat persiapan hujah penggulungan tersebut.Pihak pendakwa tidak membantah.

Hakim menetapkan prosiding seterusnya akan bermula pada 18 April.

BILA NAK SELESAI KES ANWAR NI ???

18 APRIL BARU BICARA BALIK ???

1 comment:

Anonymous said...

http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/732-liwat--nak-percaya-boleh-atau-tidak-.html

 
 
Blogger Templates