Social Icons

Pages

Saturday, March 19, 2011

NIK AZIZ DAH HALALKAN JUDI ???


ini dia Kaki Pembelit dah buat hal lagi.sebenarnya ini lah satu lagi cara untuk menghalalkan perjudian di Kelantan.Dulu kata haram,sekarang kata nak kaji semula.Apa ni wahai Nik Aziz ???

SILA BACA KENYATAAN DI BAWAH

KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”.
Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, pendirian Kerajaan Pas Kelantan ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ”big sweep” yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Lok Siew Fook; Anggota Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut di pejabatnya pagi ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.– Bernama

KALAU DAH HARAM,HARAMKAN JER.TAK PERLU NAK KAJI LAGI CADANGAN TU.TAKKAN NAK BIARKAN ???

NAK JADIKAN KELANTAN BEBAS DARI PERJUDIAN DAN MAKSIAT KAN ???

HARAMKAN JER SEMUA TU,TAK PERLU NAK KAJI LAGI YER NIK AZIZ ???

2 comments:

Anonymous said...

bro tak tau cerita ker blog budak hanief ditangkap hari nih cuba bro siasat masa ni lah kita nak hemtam bloggers pro pembangkang nih...sila lihat sini http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/panas-blogger-haniefblogspotcom-kena.html

Serious Shepherd said...

Syukur Alhamdulillah PAS tak jadi nak halalkan judi.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/29/nation/8368674&sec=nation

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kelantankekalharamjudi/Article

Harap UMNO nasihatkan sikit MCA tu (terutama Ti Lian Ker) supaya tak bawa isu ni ke mahkamah.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/29/nation/8370124&sec=nation

 
 
Blogger Templates