Social Icons

Pages

Saturday, March 19, 2011

EKSLUSIF !!! MISI KE JEPUN AKAN BERMULA !!!





semalam,Presiden Kelab Putera 1 Malaysia,Dato Abd Azeez Abd Rahim telah mengadakan sidang media khas di pejabatnya, No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.


Dato’ Azeez memaklumkan bahawa beliau bersama sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat ke negara Jepun yang baru baru ini dilanda dengan gegaran gempa bumi dan Tsunami yang terbesar selepas tragedi 2004.

Hubungan akrab yang luar biasa antara Malaysia dan Jepun selain “desakan” rakyat Malaysia yang mahu berkongsi kesedihan dan saat sukar rakyat Jepun telah membuatkan Jepun bersedia membuka pintu kepada bantuan dari Malaysia. Umum mengetahui bahawa hingga ke saat ini Jepun masih tidak memerlukan bantuan dari negara luar.


Sukarelawan KP1M yang terlibat dalam misi kali ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bertolak pada Khamis, 24 Mac 2011 manakala kumpulan kedua akan berangkat pada Ahad, 27 Mac 2011. Seramai 40 orang Sukarelawan KP1M akan terlibat dalam misi ini yang turut melibatkan doktor pakar otopedik, trauma dan kemalangan serta pakar nuklear.

Syarikat penerbangan Airasia juga turut melakukan tanggungjawab sosial korporatnya apabila menaja penerbangan khas misi kendalian Kelab Putera 1Malaysia ini.Airasia juga bersedia untuk memberi perkhidmatan percuma dalam penghantaran barangan makanan dari rakyat Malaysia menerusi KP1M.Misi ini dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan dan juga Lembaga Perlesenan tenaga Atom (AELB).Misi yang agak sukar ini akan tertumpu di tujuh (7) kawasan utama yang menempatkan ramai rakyat Malaysia iaitu di Miyagi, Fukushima, Iwate, Ibraki, Tochigi, Chiba dan Saitima. Seramai 2,465 orang pelajar dan 2,544 orang pekerja warganegara Malaysia berada di Jepun.

SEKIRANYA ANDA INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT UNTUK MISI KELAB PUTERA 1MALAYSIA

KLIK DI SINI

ADAKAH BADUT RAKYAT AKAN IKUT SAMA ???

HANYA MEMANTAU SAHAJA DARI MALAYSIA.HEHEHE...

No comments:

 
 
Blogger Templates