Social Icons

Pages

Saturday, March 19, 2011

KERAJAAN SELANGOR MEMUNGGAH HASIL ORANG ASLI !!!



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.


ANTARA kawasan tanah Orang Asli yang didakwa diceroboh pihak tertentu dengan menjalankan operasi perlombongan pasir besar-besaran di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.

UTUSAN melaporkan Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas,Bukit Cheeding,Bukit Kecil,Bukit Perah,Busut Baru,Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965

TAKKAN TANAH ORANG ASLI PUN NAK AMBIL.AGAK-AGAK LAH.PAKATAN NI TAK KESIAN KER KAT ORANG ASLI ??? DAH LAH ORANG ASLI NI HIDUP SUSAH,ITU PUN NAK PUNGGAH ??? DAH IKUT PERANGAI NIK AZIZ KOT,MANA TAKNYA KAT GALAS TU PUN SEMUA BUKIT DI TARAH UNTUK ORANG LUAR,BUKAN ORANG ASLI.

No comments:

 
 
Blogger Templates