Social Icons

Pages

Thursday, March 31, 2011

SELANGOR LULUS 128 HEKTAR TANAH UNTUK BERHALA !!!



Kerajaan Selangor telah meluluskan 128 hektar tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri itu sejak 2008 hingga sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata,kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.


Daripada jumlah itu,114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara, katanya menjawab soalan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga belum bercadang mewujudkan pelan induk bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor.


Di Kelantan sahaja,ada LEBIH 24 tokong

Bagaimanapun kerajaan negeri memantau dan menyelesaikan isu berkaitan perkara tersebut menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam, katanya.

SUMBER AAKJ

ANDA NAK LIHAT GAMBAR GEREJA PALING BESAR DI DUNIA YANG BERADA DI MALAYSIA ???

KLIK DI SINI

1 comment:

dayakblogger said...

http://parangdayak.blogspot.com/ Bro sila Linkan blog saya. umb bn sarawak

 
 
Blogger Templates