Social Icons

Pages

Friday, March 04, 2011

SIAPA NAK GANTI MAHMUD ???


Isu siapa bakal menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak bukanlah perkara pokok yang dapat menjamin peningkatan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

BERNAMA melaporkan Beliau berkata tahap sokongan rakyat lebih banyak dipengaruhi tahap pemahaman mereka terhadap rancangan pembangunan kerajaan yang akan dapat memanfaatkan mereka.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar pembangunan dan kepimpinan ketua masyarakat.Taib berkata kesinambungan kepimpinan adalah lebih penting daripada siapa yang akan menggantikan beliau.

"Yang penting segala dasar yang baik boleh diterima dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin akan datang,"katanya semasa diminta mengulas satu analisis politik oleh Bernama yang menyatakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan meningkat jika Taib mengumumkan nama pengganti beliau.

Analisis yang mendapat impak dalam akhbar tempatan di Sarawak hari ini turut menyebut BN bakal kehilangan lebih banyak lagi kerusi di kawasan bandar dalam pilihan raya yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat ini.

Taib yang bakal menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Mac ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur namun diminta oleh para pemimpin lain dalam Parti Pesaka Bumiputera (PBB) untuk terus menerajui kerajaan.

Taib, yang juga Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Sarawak, pernah menyatakan pilihan raya negeri akan datang merupakan yang terakhir bagi beliau berikutan faktor usia.

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Masakan tak ada langsung pemimpin muda yang lebih berkelibar. Hello kalau tak nak turun cakap terang-terang jangan berkiasan tak ada calon berwibawa. Banyak anak Sarawak yang dah berjaya dan mempunyai pelajaran tinggi terutama yang memperjuangan semangat BN. Nak bagi alasan pun bagilah yang boleh di terima rakyat. Pemimpin jangan suka berilusi yang mereka adalah yang terbaik tanpa ada orang lain boleh menggantikannya. Rakyat memerhati dan lebih bijak memilih.

 
 
Blogger Templates