Social Icons

Pages

Sunday, April 17, 2011

ANWAR IBRAHIM ADA PENYAKIT GANJIL ???



Pendedahan rakan-rakan rapat dengan Anwar Ibrahim termasuk Raja Petra Kamaruddin,Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dan Datuk K.S. Nallakarupan menimbulkan satu persoalan baru,adakah Ketua Umum PKR itu mengidap penyakit ‘dissociative identity disorder‘ (DID) ?

Nallakarupan : Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality.Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal (tidak jujur)

Kecelaruan Orientasi Seks

Eskay mendedahkan kepada Kickdefella bahawa Anwar mengalami kecelaruan orientasi seks. Satu sisi Anwar mengaku dirinya lelaki straight (normal) iaitu lelaki yang hanya sukakan jantina seks berbeza.Tetapi dalam masa sama Anwar menyimpan lelaki jambu,Sukma Darmawan di sebelah bilik tidurnya dan turut menawarkan lelaki itu kepada Eskay yang menggambarkan Sukma Darmawan hanyalah jambu pemuas nafsu untuk golongan homoseksual.Kecelaruan di antara straight dengan homoseksual itu dinamakan biseksual iaitu lelaki yang boleh mengamalkan dua orientasi seks berbeza, boleh melakukan dengan sama jantina dan berbeza jantina.

Perbualan Kickdefella dengan Eskay : Ketika di rumah tersebut (Anwar), Eskay terlihat Sukma Darmawan di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya (Eskay) tanya dia,siapa tu ??? Anwar menjawab,“Oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa beliau curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal di bilik sebelahnya,sebaliknya,seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul di sebelah bilik tuan rumah.

“You like him ?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya,Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata,‘I pun straight tau….

“Selepas itu,Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering memintanya ikut serta dan kemudiannya menjadi pengatur perempuan-perempuan untuk Anwar.

Nallakarupan : Dia (Anwar) boleh tukar watak. Dia boleh jadi jahat. Di luar dia boleh lakukan aktiviti (seks). (Apabila) saya hantar dia balik ke rumahnya, dia menukar wataknya (jadi baik) di depan bininya.Dia ada berapa watak,saya pun tak tahulah. Pagi satu watak, petang watak lain, malam pula watak lain.Saya ingat lidah dia pun ada dua juga

Kata-kata Nallakarupan di atas menggambarkan Anwar seperti Dr. Jekyll & Mr. Hyde .

Raja Petra pula menggambarkan Anwar mengalami penyakit narcissistic iaitu satu penyakit yang percaya hanya diri sendiri yang maha hebat berbanding dengan orang. Semua orang lain tidak betul kecuali dirinya sahaja.

Raja Petra Kamaruddin : Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September.

You are a sick man

Personaliti yang ganjil Anwar telah dikesan oleh Hakim Datuk Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000, ketika hakim Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma di atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Selepas hakim menjatuhi hukuman bersalah jiwa Anwar dilihat memberontak dan melawan hakim seperti butiran berikut :

Anwar lalu berdiri di kandang tertuduh sambil mengucapkan terima kasih dan memberitahu dia mahu membaca hujah yang dikatakan ditulisnya malam tadi.Hakim Ariffin merekodkan dalam nota prosiding bahawa Anwar sendiri ingin membuat rayuan untuk memohon diringankan hukuman.Namun Anwar memulakan hujahnya dengan mengkritik badan kehakiman sambil mendakwa perbicaraan di mahkamah itu bukan bentuk jenayah tetapi hanya pendakwaan politik.

Di antara lain, Anwar mendakwa pengumuman keputusan perbicaraan terhadapnya hari ini hanya formaliti mengikut skrip yang disediakan oleh konspirator.Hakim Ariffin segera menegur Anwar supaya tidak mengambil kesempatan untuk meneliti keterangan yang telah dibuat oleh mahkamah.Beliau meminta supaya Anwar bercakap mengikut peraturan dalam mahkamah dan tidak berceramah politik.Anwar dengan nada marah menyatakan bahawa hakim yang ikut prosedur dan undang-undang.

Hakim Ariffin menegur Anwar yang berterusan menyampuk kata-katanya.Beliau menjelaskan kepada Anwar keputusan yang dibuat dalam perbicaraan itu berdasarkan bukti yang dikemukakan.

”Saya rasa Karpal, kamu harus menasihatkan dia,” kata Hakim Ariffin.

Anwar tidak menghiraukan arahan Hakim Ariffin.Dia mendakwa tidak ada apa bukti yang kukuh untuk mensabitkannya.Hakim Ariffin dengan nada meninggi menyatakan beliau memberi peluang kepada Anwar dan meminta dengar nasihat peguam belanya.Anwar masih bersikap provokasi sambil menyatakan dia hanya memulakan mukadimah sahaja dan belum sampai perkara pokok yang hendak dikatakannya.

”Penghakiman ini tidak berasaskan undang-undang. Ia tidak adil dan memalukan,” kata Anwar.

Dengan suara yang meninggi Hakim Ariffin berkata: ”Hentikan. Kamu tidak boleh mengkritik mahkamah.”

Tetapi Anwar terus mengeluarkan kata-kata bahawa keputusan yang dibuat itu mengaibkan.Hakim Ariffin lalu mengarahkan sidang ditangguhkan 10 minit supaya peguam bela menasihatkan Anwar.Anwar menyampuk seolah mempersendakan dengan kata-kata ”10 hari!”

”Ini ada hadnya,” kata Hakim Ariffin.

Anwar menyampuk lagi, ”Ada hadnya badan kehakiman yang karut, Yang Arif.”

Hakim Ariffin dengan keras berkata: ”You are a sick man.”

Anwar segera menyampuk: ”Only a sick judge would call me a sick man.”.

KLIK DI SINI

DID merupakan penyakit yang berkaitan dengan kecelaruan personaliti atau identiti yang terpisah-pisah (split personalitiy).

Pakar Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, DID adalah penyakit mental yang menyebabkan pengidapnya mempunyai sekurang-kurangnya dua identiti jelas (boleh jadi lebih) atau keadaan personaliti yang berubah-ubah dalam waktu yang berlainan.Individu yang mengalami penyakit ini didapati mempunyai keadaan personaliti berbeza dari segi penampilan, reaksi, emosi, mimik muka malah nadi dan tekanan darah juga boleh berlainan.Antara masalah kecelaruan personaliti yang sering berlaku adalah paranoid (terlalu curiga), skizofrenia (keretakan jiwa), borderline (ketidakstabilan tingkah laku), melingeringue (kepura-puraan) dan narcissistic (perasan diri sendiri hebat).

SUMBER AIDC

ADAKAH INI YANG ANDA MAHUKAN UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN DATANG ???

ADAKAH WAJAH DI BAWAH BUKAN ANWAR IBRAHIM ???




ANDA LIHAT GAMBAR DIATAS,CUBA RENUNG BALIK GAMBAR ITU !!!

ADAKAH ITU BUKAN ANWAR IBRAHIM ???

RENUNG-RENUNGKANLAH

2 comments:

Anonymous said...

hanya sembahyang hajat dan bacaan yasin 40 malam sahaja dapat menjawab persoalan ini, adakah pelakun itu anwar atau orang lain. dicadangkan kepada semua yang menang buat kenduri kesyukuran, majlis bacaan yasin dan berdoa supaya tuhan turunkan laknat kepada pelakun yang seperti anwar itu. semoga dengan laknat itu maka akan hilanglah fitnah di bumi malaysia ini.

adil said...

kepada encik. sy cdgkan agar kita bawa terus ke mahkamah ALLAH. ALLAH maha adil. hanya ALLAH yg tahu siapa yg bersalah dan siapa yg benar. apa pndapat encik?

 
 
Blogger Templates