Walaupun berdepan saingan sengit,Barisan Nasional (BN) Akhirnya dapat membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas menguasai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya negeri ke 10.Komponen BN memenangi 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
AgendaNews Melaporkan Jumlah itu,bagaimanapun merosot kerusi berbanding 63 kerusi yang ada sebelum ini.Pakatan pembangkang yang optimis dapat menafikan majoriti dua pertiga BN hanya memperolehi 15 kerusi,meningatkan tujuh sebelum DUN Sarawak bubar 21 Mac lalu.DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi dan PKR pula hanya tiga kerusi daripada 49 kerusi.Antara kawasan dimenangi DAP adalah di Bukit Assek, Dubong,Pelawan, Piasau, Pujiot dan Kidurong.PAS yang menaruh harapan menang di DUN Beting Baro juga tewas termasuk empat kerusi lain yang ditandingi.Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas George a/k Lagong di DUN Pelagus.
Bekas Adun PKR DUN Padungan,Dominique Ng kim Ho yang bertanding tiket Bebas di kawasan sama turut kecundang.SNAP yang dijangka memberi tentangan gagal disemua 26 kerusi yang ditandingi.Parti Cinta Malaysia (PCM) juga tewas kesemua enam kerusi yang ditandingi buat kali pertama dalam pilihanraya.
Di pihak BN pula,Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Pehin Sri Taib Mahmud menang di Balingian dengan majoriti 5,302 selepas menewaskan dua pencabarnya dari PKR dan Bebas.Walaupun jadi modal utama pembangkang kerana 30 tahun jadi Ketua Menteri, majoriti beliau hanya merosot sedikit kerana pada 2006, beliau mendapat majoriti 5,726 undi.
Presiden PRS Datuk Seri James Masing menang di DUN Baleh manakala Presiden SPDP Datuk Seri Willian Mawan juga menang di DUN Pakan.Bagaimanapun, Presiden SUPP George Chan tewas kepada calon DAP Ling Sie Kiong di DUN Piasau.Pengerusi PKR Sarawak,Baru Bian yang diuar-uarkan bakal Ketua Menteri baru jika pembangkang menang Berjaya memenangi kerusi Bakalalan.Beliau menewaskan calon BN Willie Liau. PKR turut menang di DUN Batu Lintang dan Tebedu.
Pilihanraya Sarawak kali ini dianggap paling sengit dengan BN berkempen untuk Transformasi manakala pembangkang pula bercadang Ubah negeri itu.
Pasti paling menerima tamparan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang adakan sidang media sehari sebelum pengundian membayangkan pembangkang bersedia membentuk kerajaan baru di Sarawak tetapi semua itu hanya impian dan angan-angan kosong.Bagi BN pula, walaupun kekal dengan majoriti dua pertiga tetapi dengan kehilangan 16 kerusi kepada pembangkang dan Bebas, ianya signal bahawa wakil rakyat yang baru dipilih perlu bekerja lebih kuat untuk kepentingan rakyat bukan individu.Cabaran besar tentunya pada pilihanraya umum yang mungkin diadakan akhir tahun atau awal tahun depan.Jika Transformasi gagal dilaksanakan dalam tempoh itu, dikhuatri pengundi Sarawak bersedia mengUbah sokongan pada pilihanraya umum kelak
5 comments:
SUPP telah kita sembelih di Sarawak..lain kali, mungkin giliran PBB, SPDP & PRS..berhati-hati..pilihanraya yang akan datang..itulah akibatnya sekiranya tuan-tuan terlalu konfiden sangat..terlalu relak..last-last, kena sembelih dan buat sop..jadi, PBB, SPDP & PRS..perhati-hati!!!
Yang untung cina Dapig.yang rugi melayu ngok pecah serabai sampai 4& 5 parti
Harapan kita agar BN tidak leka dgn kemenangan ini dan terus berusaha memenangi hati rakyat.
http://apakecoh2.blogspot.com/
SUPP dah jadi sop..next time, giliran
PBB kita sembelih jadi sate..lebih itu SPDP pula..satu persatu..
byk lah lu badut
Post a Comment