PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar,Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini.Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata,pencalonan untuk semua jawatan termasuk Presiden,Timbalan Presiden,Naib Presiden dan anggota jawatankuasa PAS pusat sudah bermula.
"Tarikh akhir kemukakan pencalonan adalah pada 15 Mei.Semua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan.Calon akan diberitahu berapa pencalonan yang dia dapat sebaik sahaja peti simpanan itu dibuka pada tarikh itu,” katanya pada sidang berita di ibu Pejabat Parti sebelum Menunaikan Solat Jumaat.
Datuk Mustafa Ali berkata,Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka menjawabnya dalam masa 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei.
"Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu,yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding.Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu,” katanya sambil memberitahu bahawa kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu.

SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI PRESIDEN,TIMBALAN PRESIDEN,NAIB PRESIDEN DAN ANGGOTA JAWATANKUASA PAS ???
KITA TUNGGU DAN LIHAT NANTI !!!
SAYA SUDAH DENGAR ADA 3 CALON SEDANG TARIK TALI DALAM PEMILIHAN TERSEBUT !!!

No comments:
Post a Comment