Social Icons

Pages

Wednesday, May 04, 2011

GEMPAR !!! IMAM ZUL ORANG KUAT NIZAR TIDAK MAHU URUSKAN JENAZAH MUALAF !!!


saya mendapat satu maklumat dari rakan saya di PERAK.beliau telah mengirimkan satu e-mail kepada saya.sila baca e-mail ini.terima kasih kepada yang menghantar e-mail ini..


Gambar imam Zul di sebelah kanan

Zulkifli Bin Tapison atau lebih dikenali dengan Imam Zul orang kuat Nizar dikatakan tidak mahu menguruskan jenazah seorang mualaf yang bernama Sathya Moorty A/L Subramaniam atau nama Islamnya Mohd Firdaus Moorthy Bin Abdullah no kad pengenalan 750228 - 08 - 5497.


Pengesahan status dari jabatan Agama Islam Perak

Difahamkan Mohd Firdaus meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan jalanraya di Ipoh. Menurut seorang penduduk di Taman Song Choon yang tidak mahu dikenali,semasa jenazah Mohd Firdaus berada di Jabatan Forensik Hospital Ipoh,waris terdekat telah dihubungi bagi menuntut jenazah itu,apabila pengurus jabatan Forensik Hospital Ipoh mengesyaki Mohd Firdaus adalah Islam dari kad pengenalannya,lalu pihak jabatan menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi mengesahkan status keislaman Mohd Firdaus.Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah mengeluarkan surat di atas bagi mengesahkan status keislamannya seperti di atas.


Jabatan Agama Islam kemudianya mengarahkan Jabatan Forensik menghantar jenazah ke rumah waris Mohd Firdaus di N0. 10 Lorong 11 Taman Song Choon bagi memberi keadilan kepada keluarga asal Mohd Firdaus melihat buat kali terakhir.

Apabila mengetahui Jenazah Mohd Firdaus telah dihantar ke rumah keluarga asalnya yang masih beragama Hindu,penduduk yang tidak mahu dikenali ini segera menghubungi saudara Zulkifli Tapison atau imam Zul bagi menguruskan jenazah berkenaan yang berada di rumah keluarga asalnya.Difahamkan Imam Zul dan beberapa AJK surau yang terkenal kubu kuat Pas telah pergi ke rumah Mohd Firdaus,malangnya jawapan dari Imam Zul adalah "dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana keluarga asal Mohd Firdaus telah membuat upacara agama asalnya".

Akibat tidak puashati, individu ini telah menelefon Jabatan Agama Islam Perak bagi memaklumkan bahawa Imam Zul tidak mahu menguruskan jenazah itu.Kemudian Jabatan Agama Islam negeri Perak mengarahkan jenazah Mohd Firdaus dihantar semula ke Jabatan Forensik bagi dikafankan secara Islam.Setelah jenazah dimandi,dikafankan dan disembahyangkan mengikut Islam oleh rumah mayat jenazah itu kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sungai Rapat selepas waktu zohor pada 01 Feb 2011.

Apa yang saya hendak nyatakan di sini adalah sikap sebagai Imam Zulkifli yang sering berceramah bersama DS Nizar di pentas PAS tentang Islam,tentang kehebatan Pas menerajui Islam tetapi sebenarnya mereka langsung tidak bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan fardu Kifayah.Apa guna sebagai imam perkara sedemikian pun dibuat mudah seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab terhadap seorang mualaf yang bernama Mohd Firdaus yang telah dibuang oleh keluarga akibat memeluk agama Islam.

Saya juga tidak menyalahkan keluarga asal Mohd Firdaus,pada mereka oleh kerana orang Islam sudah tidak mahu mengambil tahu jenazah itu maka mereka lakukan upacara mengikut cara keagamaan mereka.

Kalau inilah keadaannya, apakah akan ada lagi orang yang beragama lain akan memeluk agama Islam ??? setelah melihat senario kes Mohd Fidaus ini.Mereka memandang Islam mengabaikan seorang mualaf yang telah dibuang keluarga dan akhirnya membiarkan tanpa menguruskan jenazah itu.

Inikah matlamat Pas yang dikatakan berjaya mentarbiah pemimpin DAP agar mereka mendekati dan memeluk agama Islam. Inikah tahap kepimpinan Pas yang ada?

Saya berpendapat jika ini berlaku dalam PAS, jangan haraplah pemimpin DAP untuk memeluk agama Islam, Ingat pemimpin DAP bodoh ke? macam Pas,Walaupun Pas mencium kaki mereka pun, sedikit pun mereka tidak rasa untuk memeluk agama Islam.

Difahamkan juga papan kenyataan Surau Taman Song Choon penuh dengan gambar Nik Aziz dan Nizar Jamaluddin. Mungkin AJK surau ini masih mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar mereka.

2 comments:

Anonymous said...

inilah namanya lacurkan agama kerana politik...nakkan undi dan sokongan pada pilihanraya jer bai...

yg boleh bawa untung politik dia buatlah...menghurung ceramah atau menghurung
isu...

KOMANDO SIBER said...

semoga kita mengambil iktibar perkara ini. UMNO sahaja yang mampu( dengan izin ALLAH)

 
 
Blogger Templates