Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.
“Ya,saya akan pertahankan(jawatan Timbalan Presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga,” katanya.
BERNAMA melaporkan Nasharudin Mat Isa yang juga Anggota Parlimen Bachok dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti 2005.Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).
“Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini. Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tambahnya.
ADAKAH NASHARUDIN BERJAYA PERTAHANKAN KERUSI SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN ???
ATAUPUN HUSAM MUSA YANG MENGAMBIL TEMPAT NASHARUDIN ???
KITA TUNGGU BULAN JUN INI !!!

No comments:
Post a Comment