Social Icons

Pages

Monday, June 27, 2011

81 TANGKAPAN TELAH DIBUAT MENJELANG PERHIMPUNAN BERSIH ???


Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai,polis Telah melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas,sehingga ini Polis telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.Bagaimanapun,tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu,akan membatalkan perhimpunan tersebut.

MALAYSIAKINI melaporkan Sebaliknya,tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK),Razali Abd Ghafar,yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.Penjualan baju-T kuning warna tema BERSIH kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah.pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.



Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK,Khairul Anuar Ahmad Zainuddin,yang berpakaian baju-T BERSIH.Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.Pada hari yang sama,tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang,Johor,semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.



BERSIH ???

APA YANG BERSIH ???

ANDA NAK TAHU SIAPAKAH YANG DALANG SEBALIK BERSIH INI SELAIN AMBIGA ???

KLIK DI SINI

INI BUKAN BERSIH TAPI KOTOR !!

5 comments:

Anonymous said...

Sumbat sahaja orang yang tak faham undang ke dalam penjara, biar bini di rumah meraung, biar emak bapak di rumah meraung. Tak nampak apa faedah perhimpunan ini selain dari menyusahkan orang ramai dan .

Anonymous said...

Tak boleh ke ROS batalkan pendaftaran NGO2 kristian jika didapti mengancam negara dengan kaitan anasir luar dan bekukan akaun banknya.

Anonymous said...

UMNO MAKIN TERTEKAN DGN BERSIH...KA..KA..KA..KA..KA..

DULU TUDUH HURU HARA..TAK JALAN

DULU TUDUH PENIAGA2 RUGI..TAK JALAN

DULU TUDUH TEKSI TAK DPT CARI MAKAN...TAK JALAN

GUNA KHIDMAT LEMBU2 BEKAS PKR..LAGI ORG MENYAMPAH..

TUDUH AGEN HINDU PULAK...TAK JUGA JALAN.

TUDUH PULAK AGEN KRISTIAN...TAK JALAN JUGAK..

TERBARU, HIMPUNAN BERSIH NAK KAITKAN DGN KOMUNIS PULAK...LAGI LUCU!

DAN TERAKHIR MINTA CAMPURTGN AGONG, RAJA, POLIS, TENTERA...

DAN TERKINI UMNO FOBIA PULAK PD WARNA KUNING...ASAL ADA SAJA ORG PAKAI BAJU KUNING. TSHIRT KUNING, UMNO DAH TAKUT GILER...TANGKAP!!!

TERBARU PULAK SATU NIH..SUHAKAM PULAK SOKONG BERSIH, MINTAK POLIS JAGA DGN BAIK DEMO BERSIH...PULAK!


APA BENDA LA TAKUT SGT!!

BIASALA..ORG TAKUT BIASANYA MEMANG SENTIASA BUAT SALAH JER...

UMNO MAKIN TAK TENTERAM....

SEBENARNYA BERSIH TAK DE BENDA PUN, HANYA HIMPUNAN BESAR SAJA...YG BUAT TAK TENTERAM, YG BUAT TAK AMAN, YG BUAT KACAU, YG BUAT MACAM NEGARA NAK BERPERANG CUMA DEGAR2 UMNO SAJA!

UMNO MAKIN KALUT!!!

KA..KA..KA..KA...

Anonymous said...

UMNO MAKIN KALUT!!!

KA..KA..KA..KA...eheh gilo aku ni,,,,

June 27, 2011 10:23 PM

daei tulisan mu ,kamu lah melanchow
jenis melayu 'slash oil; yg kalut
apa itu slash oil ,,,,taik minyak

Anonymous said...

sumbat pengacau2 ni dalam zoo..tempat yang paling sesuai..teman2 mereka dalam pun rupa sebiji..

 
 
Blogger Templates