Social Icons

Pages

Saturday, June 04, 2011

AHLI PAS TIDAK BERPUAS HATI ???


Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk sudah mula kedengaran suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut.Kegelisahan ini ada rasionalnya.hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut.Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS,sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri,InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya,perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama.Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur,maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua tersebut.Tetapi malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat nanti, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon pilihan raya yang akan datang !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.

SELANJUTNYA

KLIK DI SINI

NAMPAKNYA PRO ANWAR IBRAHIM TELAH MENYUSUP DALAM PAS !!!

RENUNG-RENUNGKAN LAH !!!

5 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH UNTUK PAS KERANA TELAH MEMINGGIRKAN NEGARA ISLAM UNTUK MENANG PRU 13.

HAJI HADI KATA AL QURAN SEBUT NEGARA BERKEBAJIKAN BUKANNYA NEGARA ISLAM SEBAB SELAMA INI HJ HADI TAK PERASAN AYAT TERSEBUT DAN SEMUA ULAMAK PAS PUN TAK PERASAN. BILA DAH BERSEKONGKOL DENGAN DAP DAN PKR BARU PERASAN TENTANG NEGARA BERKEBAJIKAN. SELAMA INI PAS SILAP KAJI ALQURAN.

TUNJUKKANLAH DAHULU MODEL NEGERI BERKEBAJIKAN DIKELANTAN.

Anonymous said...

La...kata ulama.. Al-Quran pun boleh silap kaji.masyaAllah...kaji dan terjemah ikut selera politik inilah natijahnya. tunggulah Janji Allah..

Anonymous said...

boleh dakwa hadi awang tak di mahkamah syariah atas sebab menghina Islam kerana mengatakan negara islam dengan perlaksanaan undang-undang islam tidak ada di dalam al quran dan dengan itu tidak menjadi wajib ke atas setiap orang islam untuk mempastikan undang-undang islam di tegakkan!!!

pasesat said...

depa lebih takut pada DAP dari ALLAH...

Anonymous said...

Baru terjumpa ayat NEGARA BERKEBAJIKAN? Kelakar betul lah Haji Hadi ni. Nampak serius,tak sangka pandai berlawak rupanya. Amanat Hadi dulu tu gurauan dia masa muda. Baru faham.

 
 
Blogger Templates