Social Icons

Pages

Saturday, June 04, 2011

TSUNAMI ERDOGAN MELANDA PAS !!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Kemenangan Mohamad Sabu yang bukan daripada golongan ulama pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas kepimpinan ulama diperkenalkan sekitar tahun 1980-an.Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa 'tsunami' kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam.Dalam keputusan yang diumumkan Pagi Tadi pemidato terkenal Mohamad Sabu yang dilihat tidak memihak kepada mana-mana - disokong kuat oleh kumpulan Erdogan.

Kemenangan Mohamad Sabu yang bukan daripada golongan ulama juga pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan oleh parti Islam itu sekitar tahun 1980-an.Manakala bagi tiga naib presiden yang baru dipilih pula,dua daripadanya exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar daripada kumpulan Erdogran.Manakala anggota parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub pula walaupun diletakkan dalam 'chai' (senarai) kumpulan ulama,pendekatannya tidak jelas kelihatan memihak kepada mana-mana pihak.Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu manakala Husam pula pernah menjawatnya sebelum sebelum itu.Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan ulama,Ketua Penerangan Idris Ahmad.



Di peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional.Walaupun kemenangan Mohamad boleh dikatakan bukan mutlak kerana beliau hanya mendapat kira-kira satu pertiga sokongan perwakilan, keputusan ini masih boleh dilihat sebagai isyarat penting bahawa akar umbi PAS mahukan perubahan.Ia juga sejajar dengan penegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam supaya anggota parti itu bersedia "sepenuh kudrat" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung dipercayai yang terakhir sebelum parlimen dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.Bagaimanapun, perubahan dalam PAS tidak boleh dianggap bahawa perwakilan menolak sepenuhnya penguasaan ulama dalam parti itu. Ini kerana, perwakilan berjaya diyakinkan bahawa institusi itu tetap terpelihara melalui MajliS Syura Ulama.

No comments:

 
 
Blogger Templates