Social Icons

Pages

Wednesday, June 08, 2011

PKR MENARIK BALIK PERMOHONAN CABAR KEPUTUSAN R.O.S ???


PKR hari ini menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi membatalkan pendaftaran parti itu di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

UTUSAN melaporkan Peguam R. Sivarasa yang mewakili PKR dan dua yang lain,memberitahu pemberita bahawa ROS dalam surat makluman bertarikh 30 Mei menyatakan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail.Sehubungan itu,Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membatalkan permohonan tersebut.

Pada 31 Mei lalu,PKR dua pemohon lain,Presiden parti itu,Wan Azizah Wan Ismail dan Saifuddin memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan ROS sebagai responden.Ia dikemukakan berikutan notis bertarikh 9 Mei lalu yg dikeluar oleh ROS mengikut Seksyen 13(1) d Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

No comments:

 
 
Blogger Templates