Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.Mahagurunya,Tan Sri Omardin Mauju berkata,adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.
"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut.Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri.Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan,kami akan dianggap dayus.Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan.Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya.

UTUSAN melaporkan Menurut Tan Sri Omardin Mauju,PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

6 comments:
Salam. Semua yang akan hadir siap-sedia dengan video. Mungkin akan dapat saksikan sesuatu di luar jangkaan.
Parang terbang.
Asalamualaikum,
kami dari indonesia akan turut bergabung mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.
Kami siap membantu saudara kami dari ancaman luar= YAHUDI dan Antik Amrika
Tabek SPRING dgn PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA.
PSSLM memang Anak Jantan.
Salam buat tuan.
Dalam menghadapi suasana kemelut yang cuba dicipta atas dasar kebebasan bersuara dan berpolitik setiap rakyat harus berpandangan jauh.
Apa jua langkah yang cuba dianjurkan oleh mana-mana badan sama badan NGO maupun pihak politik itu sendiri perlulah memikirkan baik buruknya.
Jangan hanya berpandangan sehala yang hanya menyebelahi satu pihak tapi resiko yang ditinggalkan dari tindakan tersebut amat parah untuk negara dan rakyat dalam masa yang agak panjang.
Diplomasi oleh kerajaan selama ini seharusnya dinilai secara positif dan bukan untuk mencari kesempatan dan mengadakan demo yang boleh mengeruhkan suasana.
Jika kita orang politik maka gunalah Dewan Rakyat atau dailog untuk memperbaikikan keadaan.Bukan cara menyala dan membakar semangat sewaktu berdemo dijalanan yang hanya menambah ketegangan keadaan yang sedia ada.
Apapun Pakcu doakan semoga BUMI bertuah ini tetap kekal harmoni dan bukannya bermandi darah kerana semua kita adalah kelahiran disini di BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA....walahualam
korang tahu ke ni perhimpunan pasal ape??? nak wat rusuhan kaum ke???? kalo betul die nak wat rusuhan kaum kite menentang benda ni tapi setahu ana die cume nak hantar memorandum pasal PRU je kan ??? ape masalahnye?? kalo benda lain yg tak puas hati pasal kerajaan negeri boleh la kite wat perhimunan depan pejabat negeri tapi nape ni nak watperhimpunan secara aman n nak hantar memoraendum kite nak ttg lak???
kalo ana salah harap tegur
sebab cume my opinion
ana pon x tahu pon pasal perhimpunan ni????
Post a Comment