Social Icons

Pages

Sunday, July 10, 2011

ANWAR IBRAHIM LARI DARI PERJUANGAN ???



beberapa pemimpin parti Pakatan,PAS dan PKR ditahan polis berhubung perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur,Anwar Ibrahim dilihat seperti lari dari perjuangan.penganjur perhimpunan Ambiga juga ditahan ketika cuba berarak menyertai perhimpunan di KL Sentral,seolah-olah dipergunakan parti politik yang turut sama menyokong perhimpunan itu.Hampir kesemua pemimpin utama PAS,bermula dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan.

Manakala Anwar Ibrahim pula kononnya dilaporkan terjatuh semasa menyertai perhimpunan dan dimasukkan ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan.Anak Ke 2 Nurul Nuha memaklumkan doktor telah mengesahkan bapanya sihat selepas menjalani pemeriksaan.

Senator Mohd Ezam Mohd Noor mendakwa tindakan Anwar itu seperti skrip lapuk untuk menyelamatkan diri dari kes liwat selain akan menggunakan alasan ini untuk mendapatkan simpati.

"Dari mata lebam,sakit pinggang,(diracun dengan) arsenik, semuanya untuk simpati politik kepadanya dan menaikkan suhu kemarahan orang kepada kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Katanya,episod ini hanya mengesahkan suatu matlamatnya iaitu mengumpul berpuluh atau beratus ribu orang untuk lumpuhkan negara dan melepaskan diri dari kes liwat yang dihadapinya.


"Alhamdulillah,Allah sekali lagi selamatkan negara ini apabila Anwar gagal mengumpul ramai orang untuk huru-hara dan lumpuhkan negara.Saya tahu agenda sebenar Anwar sebab saya pernah menjadi kepala perhimpunan seperti ini," katanya.

Beliau juga berasa kasihan melihat masih ada lagi rakyat yang menjadi alat bagi mengaburi masalah dan matlamat peribadi Anwar.Dengan senario terakhir ini,mengesahkan bahawa kenyataan Anwar awal yang dilaporkan berkeras mahu menyertai perhimpunan itu dengan mengatakan Anwar `mempunyai cara tersendiri ' terbukti.Bekas setiausaha sulit Anwar,Anuar Shaari berkata Anwar mennggunakan penyokong perhimpunan untuk alihkan perbicaraan kes liwatnya.

"Pembabitan Ambiga dalam perhimpunan adalah satu contoh saling menggunakan antara satu sama lain (pada masa yang sesuai)," katanya.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),hanya anggota Parlimen Sitiawan dan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham ditahan dari parti terbabit.Beliau berpendapat motif DAP hanya boleh berjaya dalam politik jika menggunakan Anwar, manakala Ambiga dilihat berniat mahu bergerak cepat dalam politik dengan menumpang populariti Anwar.

2 comments:

CraNell said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ANWAR LARI PERJUANGAN?

ANWAR KAN ADA PD HIMPUNAN BERSIH..

NAMUN KJ BARU NAK PANAS BADAN, DAH KENA CEKUP, PATRIOT TERUS LARI LNTANG PUKANG..

TU TAK KIRA BREHIM ALI LG...TERGAMAK DIA TINGGALKAN AHLI PERKASA DI TITIWANGSA TERKULAT2..SEDANGKAN DIA NAK KELUAR RUMAH PUN TERKETAR2..

PEJUANG APA NAMANYA TUH...

BILA DI BELAKANG CAKAP BERAHIM ALI DEGAR2 BUKAN MAIN LAGI...PENGECUT DAN BACUL..

SYABAS BERSIH....

 
 
Blogger Templates