Social Icons

Pages

Wednesday, July 20, 2011

ANWAR IBRAHIM TERPAKSA JULUR KEPALA DI SARAWAK !!!


Oleh – hilbertmontell-anakmerdeka-

Adeiiiii !!! ada lagi rupanya pemimpin politik yang buat lawak seperti itu pada zaman ini.Ingatkan apabila Tan Sri P. Ramlee telah filemkan kisah ‘pengerusi tingkap’ tu maka saya sudah anggap kisah seumpamanya juga hanya akan jadi tauladan buat kita semua generasi pada masa kini.

Rujuk ke blog Wira Kenyalang dan blog Apai Ngelai mengenai mesyuarat tingkap PKR itu.

Sementara tetamu yang turut bersama Anwar di dalam ruang rumah duduk selesa tetapi tentu mereka terasa janggal dengan keadaan sedemikian dan rasa terpinggir disaat Anwar sedang berucap kepada tetamu yang dibawah sambil membelakangi mereka yang berada di atas dan selanjutnya, apa pula perasaan para hadirin yang berada di luar rumah apabila Anwar berucap kepada mereka melalui tingkap rumah ???


Anwar yang berbaju putih,berdiri membelakangi para tetamu lain yang berada di dalam ruang rumah.Anwar kelihatan sedang menyampai ceramah politik kepada penduduk yang hadir duduk diluar rumah pada majlis sempena malam nisfu syaban di Kampung Tupong, Petra Jaya Kuching, Sabtu lepasTidak terpikirkah mana-mana ahli PKR Sarawak yang hadir pada malam itu bahawa yang perbuatan seperti itu seakan-akan Anwar telah mempersendakan mereka yang berada di bawah ???

Kenapa tidak pohon permit polis untuk berhimpun ???

Kenapa perlu menyusahkan diri sendiri serta para jemputan lain datang ke majlis yang terdesak seperti itu ???

Kalau polis tanya, untuk apa tujuan perhimpunan diadakan, jawab saja nak elak “mesyuarat tingkap” agar semua yang hadir akan dilayan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja

No comments:

 
 
Blogger Templates