Social Icons

Pages

Sunday, July 24, 2011

BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL !!! MANA LAGI HEBAT ???


Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing.Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat /syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Jenis-jenis teknologi biometrik

CAP JARI

Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk
mengenal pasti identiti melalui pattern-matching dan minutiaes.Imbasan cap jari
individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem.Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.Kaedah ini telah lama digunakan di peringkat global bagi pengesahan identiti individu dan pengenalpastian penjenayah.

ANAK MATA (IRIS)

Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik.Alat pengimbas mata
akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut.Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan.Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi,contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.


MUKA

Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk
muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung,mata,dagu dan
mulut.Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart
card)atau templat muka di dalam pangkalan data.Dari segi ketepatan,kaedah ini adalah kurang tepat jika imej muka yang diimbas dibandingkan dari sudut yang
berbeza.Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.


MAKLUMAT LANJUT

KLIK DI SINI

Ketua Pembangkang sendiri mengakui kelebihan penggunaan biometrik tetapi sebaliknya mereka mempertikaikan kos penggunaan biometrik.Antara petikan daripada blog ketua pembangkang““Penggunaan Biometrik ini sebenarnya baik namun saya tak lihat ia praktikal untuk jangka masa pendek.SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak,” katanya.

KLIK DI SINI

Jika benar kerajaan tidak mampu mengendalikan biometrik kenapa agensi-agensi serta sektor-sektor kerajaan mempergunakan sistem ini dalam urusan pekerjaan ??? saya percaya kerajaan mampu mengendalikan sistem pilihanraya yang adil selain kemampuan membekalkan teknologi jalur lebar kepada rakyat Malaysia diluar bandar.Baru-baru ini didalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju memberikan peruntukan diberi kepada SPR untuk menggunakan kaedah biometrik untuk memastikan pilihanraya yang adil,telus & bersih adalah langkah yang bijak & tepat untuk menjawab segala tuntutan tidak munasabah daripada pakatan pembangkang.


Yang paling menjengkelkan adalah PAS & rakan pakatannya yang ingin dakwat kekal dilaksanakan,tetapi adakah mereka(orang PAS) sebagai muslim sudah lupa keburukan penggunaan dakwat kekal ??? jika selepas mengundi adakah dakwat kekal masih boleh dibawa untuk bersolat ??? sebelum mengundi jika jari terkena dakwat pen atau dakwat print , adakah seseorang itu masih boleh mengundi ??? Penerangan oleh pengerusi SPR sangat kukuh & tepat untuk tidak menggunakan dakwat kekal. Kenapa mereka(pakatan pembangkang) masih berdolak dalik ingin menggunakan dakwat kekal ???

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH




NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

JOM LAYAN VIDEO DI BAWAH



MANA LAGI HEBAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

12 comments:

Anonymous said...

OK..PERBANDINGAN GUNA BIOMETRIK DGN DAKWAT KEKAL YG LBH UTAMA IALAH:

BIOMETRIK :

PENGUNDI HANYA DISEBUT NAMA DAN IDENTITI PERIBADI, TAPI DIA BOLEH MENGUNDI LBH DR SEKALI DI TEMPAT ITU ATAU DITEMPAT2 LAIN. PENIPUAN UNDI LBH DR SEKALI BOLEH SAHAJA BERLAKU.

DAKWAT KEKAL :
BILA NAK MENGUNDI PENGUNDI MESTI CELUP JARI DLM DAKWAT KEKAL, DAN PENGUNDI HANYA BOLEH MENGUNDI HANYA SATU KALI,KRN KESAN DAKWAT KEKAL ITU TDK BOLEH UNDI TEMPAT LAIN, JIKA DIA BUAT DEMIKIAN, PASTI DIA PENGUNDI HANTU, DIA PASTI AKAN DITANGKAP..PELUANG UNTUK MENGUNDI LBH DR SATU KALI AMAT SUKAR...

SO..DAKWAT KEKAL LAH YG KAEDAH PALING SELAMAT, SESUAI DAN MURAH..

KENAPA NAK BANGUNKAN BIOMETRIK YG TENTU MAHAL DAN SUDAH TENTU MAKAN MASA LAMA SEDANGKAN PRU 13 HAMPIR SGT DAH!

INI LAH YG UMNO/BN TAKUT GUNA DAKWAT KEKAL...KALU TAK DE UDANG SEBALIK MEE MRK TAK KAN BUAT!

Anonymous said...

bukan cap jari tuh unik dan berbeza dengan setiap individu.

Dot said...

biometrik boleh undi lebih dari sekali? lawakla!!

korang tak pernah pakai tumb print ka masuk pejabat? ooo..dia orang kerja masuk gerai kopi saja!!

bila sekali tekan ibu jari tu, masa pun tercatit, misalnya 7:15a.m. lepas tu nko pergi letak ibujari nko 40 kali pun, mesin tu dah tak terima pengesahan nko! masa nko sampai tetap 7:15a.m.!!

jika kamu mengundi pukul 10:01a.m. & lepas tu nko pergi pulak pukul 3:45p.m & letak pulak jari tu, aku rasa adala siren amaran yg akan melalak.. masa tu kita tahula sapa HANTU sebenar!! pegawai2 spr pun boleh cekup HANTU bodoh tu!!

amacam? nak cabar spr dgn biometrik tu?

nko celup dakwat, adala orang yg akan cipta bahan utk hilangkan kesan dakwat tu...ada juga orang yg akan gunakan dakwat bercampur kimia lain yg akan menjejaskan mutu cap jari utk sabotaj @ hindarkan pengundi mengundi! macam2 boleh berlaku jika cara primitif dunia ketiga masih nak digunakan...

biometrik lebih berintegriti!! syabas PM jika ini diaplikasi!!
sokong perubahan & kemajuan yg boleh menjamin pilihanraya yg lebih baik!!

Anonymous said...

Mesti anon di atas blm kerja atau tkada kerja atau kerja masih di pejabat kuno pr yg tak pakai sistem biometrik(fingerprint) rekodkan kedatangan.
kalau thumprint masuk, maka akan direkod. kalau thumbprint kali kedua juga akn direkod dan akan dikira telah kluar pejabat. .sistm biometrik yg nak digunakn tentulah akan dilinkkan diseluruh negara dan thumbprint kat mana2 tempat tetap akan diketahui dan direkodkan.amat senang nak kesan.

kalaudakwat kekal, pr boleh seludup dakwat tu dan p tipu dan perdaya pngundi2 calit jari mrk dgn dakwat. jd pgundi tak boleh mngundi.

lg satu, pr yg mmg pakar dlm hal seludup menyeludup khususnya seludup warga asing masuk kl sertai phmpunnn haram bersih, mrk boleh seludup peluntur dakwat tu yg mungkin ada dlm pasaran gelap sekarang ni.
Tak ada peluntur? Mustahil takdak, jk saintis bole hasilkn dakwat, maka pasti saintis jg boleh hasilk plunturnya. mcm jg virus komputer, mcm mana hebat pun virus tu, dlm masa sbulan dua sudah ada penghapusnya.
Lainlah kalau dakwat tu mcm penyakit AIDS yg dicipta oleh Tuhan, maka mmg amat sukar saintis nak hasilkn peluntur/penawarnya dlm masa yg singkat. malah smpai bila2 pun blm tentu terhasil 'pelunturnya'.
jd byk betul kelemahan dakwat ni.

Anonymous said...

Kesian betul aku ade pembangkang yang berfikiran macam pembangang kat Malaysia ni. Orang semakin bergerak ke hadapan, mereka nak bergerak ke belakang. Sistem biometrik ni tentu sahaja akan digabungkan dengan sistem perisian yg boleh mengesan kewujudan dua kali seseorang tu mengundi... takkan dalam dunia serba canggih ni sistem perisian sebegitu tidak boleh dibangunkan langsung.

Kalu nk tanye brape kos utk bangunkan sistem biometrik ni memang la mahal berbanding dakwat kekal, tapi itu kos permulaan dan kemudian di setiap PRU atau PRK sistem itu masih boleh digunakan.

Lain pula kalau gune dakwat kekal, setiap kali kerajaan terpaksa memperuntukkan pembelian dakwat baru utk tujuan pengundian. Itu belum kira lagi tarikh luput bagi dakwat kekal yg anak digunakan. Kalau ade lg stok yg tidak dipakai, dakwat kekal itu perlu dimusnahkan bile melepasi tarikh luputnya.

Akhir sekali, pertanyaan untuk pembangang2 di Malaysia ni, apakah dakwat kekal tu tak boleh dipadam dgn bahan peluntur yg boleh dicipta oleh pihak tertentu??

Mesti xde yg berani nak jawab soklan ni..... so pembangang, u all sudah checkmate pergi la idup di zaman batu....

aliffnajmi said...

Sbg tambahan hujah2 yg kengkawan bagi kt atas, mungkin juga ada pengundi yg awal2 dah sapu jari dgn lotion atau wax dgn tujuan utk MEN-TIDAK-KEKAL-KAN dakwat tu.

Nyata tuntutan2 dlm BERSHIT sbgn besarnya mmg BULLSHIT. Pembangkang dgn sengaja mencipta isu/alasan utk menutup kekalahan mereka pd PRU13 akan dtg.

InsyaAllah, Allah tetap akan terus berikan kemenangan kpd yg hak.

Wak Long Man said...

Seperti komen aku pada FB Nik Aziz , Dakwat kekal kat thailand pun ada jual. Kan dah diterangkan oleh SPR penggunaan dakwat kekal pun bleh dimanipulasikan oleh seseorg bagi menidakan hak pengundi.Pada pilihanraya umum yg lalu, baru SPR nak mempraktikan penggunaan dakwat kekal.. Dah ada dakwat tiruan dibeli oleh seseorg di Thailand. Dan akhirnya SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal itu dlm pilihanraya umum yg lalu. Aku rasa kalau SPR meneruskannya sudah tentu akan berlaku kekecohan. APA NIAT yg sebenarnya individu tersebut membeli dakwat yg di dijual di Thailand. Atas nasihat perisikan polis dan peguam negara penggunaan dakwat kekal itu dibatalkan di saat akhir. Ssistem biometrik lagi sempurna seperti bila kita hendak kuar duit di bank... cap jari kita lah yg mengesahkan kesahihan akaun kita. Sudah2lah asyek nak dipolitikan. Tapi aku tetap yakin setiap perbuatan baik yg kita lakukan akan diberkati oleh ALLAH. Tetapi apa jua niat kita sehalus hama utk melakukan keburukan dan dosa tetap aakan menerima bencananya. Kerana hendakan kuasa kita boleh mgeluarkan pelbagai hujah.. TAPI ALLAH SWT TETAP TAHU APA YG TERSIRAT. PADA AKU SELAGI DI TANAH AIR TERCINTA INI MEMPUNYAI ORG ALIM YG BEGITU IKHLAS TERHADAP AGAMA ISLAM.. NEGARA INI TAK AKAN MUSNAH OLEH PUAK YG BERTOPENGKAN AGAMA.

Anonymous said...

Penggunaan Biometrik.

Contoh:
Nama: Najib (bkn nma sebenar).
Kwsn mengundi: Pekan, Pahang.

Masalah yang berlaku :
1. Najib telah mengundi di Dun Pekan.
2. Kemudian dia boleh plak mengundi sekali lagi di Dun Machang, Kelantan.

Persoalan:

Adakah SPR dpt memastikan data pengundi tersebut tidak akan/dapat dihantar ke kwsn2 yang lain?
Ini kerana data penggundi seperti nama,alamat dan cap jari akan disimpan menggunakan database yang dipanggil main server..main server akan menyimpan dan menghantar data tersebut ke kwsn yg akan diundi oleh pengundi menggunakan sistem jalur lebar..ini juga bermaksud data pengundi yg sama itu juga dihantar ke kwsn2 yang bukan kwsn untuk pengundi itu mengundi secara meluas tanpa batasan..penggunaan biometrik adalah sesuai utk mengelakkan penipuan pengenalan diri seperti bank, peti keselamatn peribadi..ia bukannya dpt megelakkan undi lebih dpd skali..terima kasih..

Anonymous said...

anonymous

Adakah SPR dpt memastikan data pengundi tersebut tidak akan/dapat dihantar ke kwsn2 yang lain?

J: data bukan di hantar ke kawasan tetapi data berpusat.

Ini kerana data penggundi seperti nama,alamat dan cap jari akan disimpan menggunakan database yang dipanggil main server

J:database tu pengkalan data. main server tu pelayan utama 2 benda yang berasingan.

..main server akan menyimpan dan menghantar data tersebut ke kwsn yg akan diundi oleh pengundi menggunakan sistem jalur lebar..ini juga bermaksud data pengundi yg sama itu juga dihantar ke kwsn2 yang bukan kwsn untuk pengundi itu mengundi secara meluas tanpa batasan.

J: sekali lagi. data pengundi bukan di hantar dari server ke kawasan. tetapi dari setiap kawasan ke server.kerana sistem database berpusat

.penggunaan biometrik adalah sesuai utk mengelakkan penipuan pengenalan diri seperti bank, peti keselamatn peribadi..ia bukannya dpt megelakkan undi lebih dpd skali..terima kasih..

J: kalau sistem biomaterik sesuai dipakai di bank kenapa tak masa pilihanraya? bukan ke sistem bank bank mengelak penipuan?

Anonymous said...

Tak payah nak cakap pasal biometrik kalau tak celik ilmu pasal biometrik dan IT. Sama juga la pasal dakwat kekal.

Sebagai contoh,

1. Pergi saja kat wikihow dan tengok sendiri bagaimana dakwat kekal boleh dicuci dengan berbagai cara. (Mungkin SPR perlu demo benda ni depan orang ramai)

http://www.wikihow.com/Remove-Permanent-Marker-from-the-Skin

Note: Byk lagi site lain tunjuk cara bagaimana menghilangkan dakwat kekal.

2. Kena la faham dan baca undang2 pilihanraya iaitu semasa pilihanraya diadakan, semua pihak dari bn, pembangkang dan spr akan memantau perjalanan pengundian tersebut. Satu lagi langkah tambahan keselamatan.

3. Dakwat kekal hanya sesuai digunakan di Indo dan India kerana kebanyakan mereka tiada pengenalan diri. Satu fakta yang paling simple untuk difahami.

4. Penerangan mengenai sistem server berpusat pun telah diterangkan oleh komentar lain. Tanya kawan yg tau IT kalau tak tahu apa kejadah nya konsep server berpusat.

Jangan taksub dengan kejahilan sendiri. Cuba baca dan fahamkan dahulu teknologi biometrik dan dakwat kekal. Jangan cakap macam tin kosong.

./debian

Anonymous said...

Penambahan contoh no 3 dia atas untuk kebanyakan yang tiada pengenalan diri di Indo dan India adalah di kawasan pendalaman.

Maid aku dari indon pun confirmkan benda nie.

Tetapi di Malaysia, majoriti mempunyai pengenalan diri walaupun di kawasan pendalaman dan warga emas.

./debian

hamizahjakir said...

hmm..pelik la manusia men politik nie.. kenapa nak berbalah akibat pkara gni? nak banding2kan pdgn sapa lbh baik shingga secara langsung menjatuhkan parti len..memang dasar org bodoh! sy tidak myokong parti mn2, jika mahukan keadilan, gunakan kaedah kedua2.. selepas mgunakan kaedah2 tsebut, baru kita nilai mana yg lebih baik.. in my view la, kaedah biometrik ini menggunakan kos yg tinggi.. bayangkan kita ada beratus dun yg perlu diundi, mgapa kita buang duit nak beli alat biometrik tu semata2 nak keadilan dan ketelusan hanya untuk sehari pengundian. then, hbis undi, kita simpan alat tu dlm stor pla? ish2.. sy hrp pihak kerajaan tidak sewenang2nya menggunakan wang rakyat dan beralasan ia utk tujuan pembelian alat tsebut. sebaiknya kita cuba mengelakkan pembaziran wang rakyat. gunakan wang tsebut utk pmbangunan di daerah pdalaman lbh baik.. manakala kaedah dakwat pula, sy rasa tak mjadi masalah. tp dakwat tu kita ubah dgn inai.. naa, inai boleh dibawa solat.. rasanya kaedah ini lg murah, mjimatkan dan org pun dpt solat.. kan2? inai pula lama hilang. takkan ada org dpt nak p undi kedua kali dan seterusnya.. dan ini akan dpt mjamin keadilan dan ketelusan pengundian.. ok..tats all.. thanks..:)

 
 
Blogger Templates