Social Icons

Pages

Sunday, July 17, 2011

GAPS MINTA POLIS DAN KERAJAAN SIASAT AMBIGA ???

Polis digesa menyiasat Ambiga di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) atas dakwaan Ambiga menerima dana asing untuk menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin berkata,Ambiga selaku Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan sekutunya wajar disiasat hingga ke peringkat akar umbi mengenai penaja-penaja mereka dari dalam dan luar negara.

"GAPS mendesak agar polis menyiasat Ambiga dan sekutu-sekutunya dalam Bersih. Telah nyata bahawa ada pihak-pihak dari luar negara membiayai mereka untuk tujuan yang tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang negara.Penerimaan wang untuk tujuan yang tidak sah nyata sangat bertentangan dengan AMLA.Hasrat kumpulan ini yang mahu mengadakan perhimpunan haram seterusnya seperti yang diuar-uarkan oleh Mat Sabu (Mohamad Sabu) adalah bukti betapa sumber kewangan mereka sangat kukuh hasil pembiayaan wang asing ini.Tentunya cara pencegahan awal yang terbaik adalah dengan pihak berkuasa membekukan akaun mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram sebelum ini,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hamidzun berkata,pihak berkuasa juga wajar menyiasat akaun-akaun yang mungkin dimiliki Ambiga dan sekutunya di luar negara seperti Singapura dan Switzerland.


SIASAT !!!

KEPADA POLIS DAN KERAJAAN TOLONG SIASAT !!!

JANGAN LUPA SIASAT ANWAR IBRAHIM SEKALI !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates