KALAU anda mahu diiktiraf sebagai 'wira negara' mengikut tafsiran PAS,anda tidak perlu menang pingat emas di Sukan Olimpik,tidak perlu menawan puncak Gunung Everest atau mengharumkan nama di pentas dunia dalam apa juga bidang.Malahan anda juga tidak perlu menyertai pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.Sebaliknya,anda akan diiktiraf 'wira negara' jika menyertai perhimpunan haram anjuran pembangkang dan berani 'bertempur' dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila melakukan rusuhan.
Demikianlah dangkal dan jumudnya pemikiran pemimpin-pemimpin Pas sehinggakan puak-puak yang merusuh di jalan raya pada Sabtu,9 Julai lalu begitu mudah dianggap sebagai pejuang dan wira negara.Malahan mereka juga mendakwa perhimpunan tersebut sebagai lambang kebangkitan rakyat sedangkan kalau mengikut laporan media termasuk media antarabangsa kehadiran sekitar 10,000 orang sahaja,jauh daripada sasaran 300,000 yang diuar-uarkan oleh pembangkang.
Apa pun cubalah berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi oleh emosi siapakah sebenar wira negara ???
Penyokong-penyokong perhimpunan haram berkenaan yang terpekik terlolong dan melakukan rusuhan serta mencabul ketenteraman awam atau anggota polis yang bertugas sejak beberapa bulan lalu membuat persiapan bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara ???
Sebagai orang yang waras sudah pasti kita akan mengiktiraf bahawa wira sebenar adalah anggota-anggota PDRM tersebut.Ketekunan dan kegigihan mereka serta amat sabar dalam menjalankan amanah yang diberikan telah menyelamatkan negara kita daripada huru-hara pada 9 Julai lalu.Pelbagai langkah dilakukan termasuklah tinjauan, risikan dan sekatan jalan raya bagi mengelakkan perhimpunan haram berkenaan dicemari oleh 'elemen ketiga' iaitu elemen yang berhasrat menghuru-harakan negara.
Penahanan sekumpulan penyokong Bersih yang cuba menghidupkan kembali perjuangan komunis dan penemuan pelbagai jenis senjata serta bahan-bahan untuk membuat bom sudah menunjukkan bahawa perhimpunan haram Bersih bukan sekadar demonstrasi biasa.Pada hari perhimpunan berlangsung pula, para wartawan yang turun ke lapangan menceritakan bagaimana sabarnya anggota-anggota polis yang bertugas melayan kerenah biadab penunjuk perasaan.Puak-puak yang diupah tersebut dan ada antara mereka yang menyertai perhimpunan haram berkenaan secara membuta tuli,memaki-hamun dan melakukan provokasi melampau ke atas anggota polis.
Seorang penyokong Pas di dalam blog menulis,"pada ana (saya) penyokong PKR adalah antara yang provokasi pihak polis secara melampau.Ana sendiri tengok bilamana anak muda PKR - jerkah (jerit)....!....!....! (nama sejenis binatang) depan muka FRU.Ana urut dada.Biar betul.Kita jangan provoke.
"Ana nampak sendiri penyokong PKR (dengan baju PKR) membaling batu kepada kenderaan FRU."Itu pengakuan penyokong Pas tersebut yang seolah-olah menafikan dakwaan pemimpin dan penyokong perhimpunan haram berkenaan bahawa polis yang melakukan provokasi.
Tetapi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP serta penyokong-penyokong mereka memaki hamun polis ibarat tidak cukup tanah apabila perhimpunan berakhir.Walaupun semua yang ditahan diberi layanan cukup istimewa di Pusat Latihan Polis dan balai-balai polis sebelum dibebaskan,namun tiada pujian dan penghargaan, kecuali ucapan terima kasih daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaku polis memberi layanan baik kepadanya. Namun pemimpin-pemimpin pembangkang lain dengan disokong oleh Majlis Peguam yang terkenal dengan sikap berat sebelah mereka terus menyalahkan polis.
Mereka membela perusuh-perusuh sehingga kematian yang berlaku melibatkan penyokong pembangkang ketika perhimpunan haram berlangsung, polis juga disalahkan. Mereka sengaja melupakan bahawa yang mencari fasal ialah pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang yang sengaja melanggar undang-undang apabila menyertai perhimpunan haram berkenaan.PDRM sudah menyatakan sejak berminggu-minggu lalu bahawa perhimpunan itu adalah HARAM dan Stadium Merdeka tidak boleh digunakan tetapi mereka ingkar dan degil.Oleh itu apabila undang-undang tidak mahu dihormati dan dipatuhi, maka PDRM terpaksa bertindak mempertahankan kedaulatan undang-undang.
Jadi janganlah jahil hendak menyalahkan polis pula. 'Kitab' mana yang dirujuk oleh puak-puak Pas, 'buku undang-undang' mana yang dibaca oleh pemimpin PKR dan DAP untuk menyatakan mereka yang hadir dalam perhimpunan haram berkenaan adalah 'wira negara' dan pejuang demokrasi?
Sebenarnya pejuang dan wira sebenarnya adalah anggota PDRM. Mereka menjalankan tugas dengan penuh profesional tanpa mengira siapa juga, yang bersalah tetap bersalah!Sebab itu langkah Kementerian Dalam Negeri dan PDRM untuk mengemukakan fakta dan bukti mengenai tindakan polis ketika mengendalikan perhimpunan haram berkenaan adalah tepat sekali.Ia kerana di dalam negara ini, sudah ada individu dan kumpulan yang bersedia menjadi 'perosak negara' dengan memaparkan fakta yang tidak betul mengenai tindakan PDRM ketika perhimpunan tersebut.
Kelompok ini termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang sanggup memutar belit fakta dan membohongi rakyat.Pendustaan dan pembohongan ini disokong pula oleh media dan blog-blog pro mereka.Agensi berita asing pula hanya memaparkan bagaimana anggota polis bertindak ke atas perusuh apabila arahan bersurai tidak diendahkan. Tetapi mereka tidak pula mahu menunjukkan rakaman video bagaimana perusuh melakukan provokasi ke atas polis.
Adalah tidak wajar apabila mereka yang melanggar undang-undang hendak diiktiraf sebagai wira negara manakala anggota polis yang mempertahankan undang-undang dituduh zalim. Mungkin bagi PKR, DAP dan Pas, 'kezaliman' hanya terpakai untuk mereka sahaja. Maknanya kalau orang buat ke atas mereka zalim tetapi kalau mereka buat ke atas orang lain tidak dikira zalim.Itu perjuangan, kata mereka.
Ternyata keghairahan untuk berkuasa telah menutup pintu pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti berkenaan sehinggakan perusuh pun mahu dianggap sebagai wira negara manakala orang yang menghalang kejahilan mereka demi kepentingan bangsa, agama dan negara dituduh zalim.Namun kita percaya apa pun majoriti rakyat di negara ini amat memahami sumbangan besar PDRM, selama ini pun pasukan itu telah membuktikan kewibawaan dan kemampuan mereka sehingga kita mampu tidur lena setiap malam dan menjalankan aktiviti harian dengan tenang.
Taniah PDRM !!!!
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
7 comments:
GELARAN WIRA ITU ADALAH KEBANGGAAN..
TAPI ADAKAH POLIS DIANGGAP WIRA JIKA POLIS SENDIRI MENYEMBUR AIR WATER CANON, TEMBAK GAS PEMEDIH MATA, PUKUL, BELASAH, SEPAK TERAJANG, CEKUP KPD HIMPUNAN BERSIH YG TDK BERSENJATA?
POLIS AKAN LBH DISANJUNGI DAN DIHORMATI JIKA BERTUGAS DGN PENUH PROFESIONAL DGN MENGAWAL KEADAAN SERTA TDK BERTINDAK MELULU KPD ORG AWAM YG TDK BERSNJATA...
KITA BOLEH SAKSIKAN DLM MANA2 KLIP VIDEO HIMPUNAN BERSIH ITU TENTANG TINDAKAN POLIS....HAA..YG INI MEMANG KLIP VIDEO TULEN PUNYA...
KESIAN POLIS, UMNO PUNYA PASAL, NAMA BAIK POLIS TERCEMAR!!!
TAHNIAH POLIS!!!
>>>bershit bodoooooo memang layak hanya dilayan begitu.
anon 4:18 Saya sudah menjelajah hampir ke seluruh dunia...TIADA POLIS SEBAIK PDRM...Terima Kasih dan Syabas ! PDRM
Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah...APAKAH MAKSUD INI ????
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=245727272106892&set=a.245717018774584.74742.100000088648799&type=1&theater
berpolitik hingga ke liang lahad...
wanita wakili Tilawah quran kau haramkan..duduk elok2 alunkan ayat2 suci kalam wahyu tuhan penenang hati jadi salah..bila wanita tudung labuh berjubah duk menjerit terpekik terlolong di tengah medan umum berpeleseran bebas dengan lelaki bukan muhrim kau halalkan..nah tengok ni..
http://www.youtube.com/watch?v=Tc2lKMsTvJY
kata-kata yang keluar mencerminkan hati dan diri kita. Semakin kita membenci dan mengutuk, semakin kita dikutuk dan semakin tertutup telingga dan hati untuk mendengar. Semakin kita menyekat menggunakan kekerasan,semakin menyalalah api kebencian dan pemberontakan dihati rakyat. Seribu satu cara penyelesaian. pilihlah yang senang diterima dan dapat memenangi hati rakyat.
Post a Comment