Social Icons

Pages

Friday, July 15, 2011

REFORMASI ANWAR VS TRANSFORMASI DATUK SERI NAJIB !!!


SUDAH lama tidak kedengaran laungan “reformasi.” Hari Sabtu lepas,tarikhnya 9 Julai 2011 jeritan itu dipekik oleh segerombolan penyokong Anwar Ibrahim.Dahulu masa Anwar dipecat daripada UMNO dan Kabinet,ungkapan yang diceduk daripada Indonesia itu kerap meniti dari mulut pengikut demonstrasi pada 1998 hingga 2000.Kemudian ia tenggelam.Tiba-tiba laungan kata-kata pembangkit semangat kepada penyokong Anwar itu digemakan semula dalam perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lalu,maka tenggelamlah aspirasi Bersih.

Entah apa puncanya,reformasi untuk Anwar pula yang dilaungkan boleh penyokong Bersih. Mungkin mereka ini saki-baki pengikut gerakan reformasi dahulu yang cuba menyemarakkan kembali semangat ketika Anwar berdepan satu lagi kes liwat di mahkamah.Gerakan lebih 13 tahun lalu itu berupa tunjuk perasaan dan perarakan besar-besaran untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu,Dr. Tun Mahathir Mohamad.


Pun begitu,gerakan reformasi akhirnya terasa kesannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12, apabila PKR pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi Parlimen Berganding dengan Pas dan DAP,pakatan pembangkang berjaya mematahkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.Inilah juga antara agenda tersirat Bersih yang mengharap impak daripada perhimpunan Sabtu lalu untuk menuai hasilnya pada PRU 13 nanti.Kempen memburuk-burukkan Suruhanjaya Pilihan Raya, kerajaan BN,pihak berkuasa dan pemimpin negara sedang digerakkan dari sekarang supaya persepsi dapat ditanam di dalam kepala pengundi bahawa kerajaan zalim dan tidak adil.


Tetapi sepanjang tiga tahun selepas 8 Mac 2008, apa yang pembangkang telah lakukan untuk rakyat.Wakil-wakil rakyat pembangkang yang terpilih masih gagal menunaikan janji dan tanggungjawab kepada rakyat.Sampai hari ini tidak habis-habis kecoh di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.Nampaknya suasana begini akan berlanjutan hingga bulan-bulan akan datang atau sehingga tiba pilihan raya umum yang baru.Apa yang boleh kita nilai sumbangan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan anggota Parlimen parti pembangkang kepada negara. Kalau diimbas, sukar untuk mencari suatu yang bermakna selain kekecohan dan dakwaan palsu dikemukakan.


Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009,Datuk Seri Najib Tun Razak boleh tunjuk buku rekodnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak ada beberapa inisiatifdan transformasi yang beliau perkenalkan seperti Gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara, Program Transformasi Kerajaan,Program Transformasi Ekonomi dan Lonjakan Inovasi.


Anwar ada juga inisiatifnya.Tajuk inisiatifnya AUTA ????

No comments:

 
 
Blogger Templates